Thursday, December 29, 2011

Kembara Zaman


Hey Kawan,

Perjalanan mentari semakin menghampiri garis zon penamat tahunannya, melengkapi putaran paksinya dengan taat dan patuh menandakan usia dunia bertambah lagi ke angka tuanya 2012.

Persis sikap manusia, mereka sentiasa memusuhi sesuatu yang mereka kurang arif dan tahu. Kejahilan menjadikan mereka musuh kepada sesuatu perkara walaupun ianya sebenarnya penuh dengan kebaikan dan keberkatan.

Manusia membenci JIHAD walaupun ianya KETAATAN yang tertinggi darjatnya.

Manusia membenci HUDUD walaupun ianya memberikan KEHIDUPAN kepada kemanusiaan dan kedamaian.

Manusia membenci FITRAH walaupun ianya naluri kejernihan budi dan nilai akal.

Manusia akan membenci setiap sesuatu yang mereka jahil, mereka anti kepada sesuatu perkara yang abstrak dan misteri.

Lalu, dengan menjana kejahilan manusia sebagai modal , ada pihak yang mendakwa memiliki AURA KETUHANAN dengan dakwaan kiamat ditahun 2012 nanti. Dakwaan songsang yang memandulkan kuasa akal dan membejatkan rasa kehambaan bila dianuti dan dipercayai. Tiada siapa yang mengetahui tarikh kiamat walaupun statusnya ialah nabi terulung mahupun malaikat terdekat, inikan pula title yang sekadar manusia biasa tanpa ilmu bukan juga imam muda atau ustazah pilihan.

2012 kawan merupakan satu angka yang bisa berlaku apa sahaja.

Angka yang merupakan makhluk allah yang tunduk kepada segala ketentuannya.

Baik dan buruk berada dalam neraca timbangan dan penghakiman Allah, ianya mengotakan segala kehendaknya dengan ketentuan mutlak tanpa mampu disangkal sesiapa pun.

TOTAL...... MUTLAK .... MUKTAMAD. Itulah kuasa sang pencipta.

Setiap dini hari, subuh menjelang dengan alunan qunutnya yang syahdu tapi bernada tegas ... Allah yang mengangkat seseorang insan, allah juga yang akan menurunkannya, allah memuliakan satu bangsa, dan pasti allah juga mampu menghinanya, lalu ingatlah... allah pasti memuliakan pembantu agamanya dan menghina perusuh agamanya tanpa mampu dicabar dan tercabar.

Bersedialah kawan.... untuk kehadiran tahun baru yang menjanjikan seribu misteri.

Misteri ialah magis ketuhanan.

DIAlah yang menguasai segalanya.

Marilah kita tunduk mengakui keesaan dan keagungannya.

No comments:

Post a Comment