Tuesday, December 27, 2011

Melatih Kepemimpinan

Hey Kawan.

Kepimpinan ialah satu seni.
Menjadi pemimpin bukannya perkara semudah memilih hitam atau putih.
Mengadaptasi suasana dan bijak bertindak pada masanya adalah warna warni keseniaan dalam memimpin.

Pemimpin bukannya pengarah dan bukan juga orang yang di arah.

Akan tetapi seorang pemimpin seharusnya terarah mindanya untuk menyumbangkan kebaikan bagi kemanusiaan dalam apa keadaan sekalipun dan sanggup memberikan hidupnya untuk susah demi orang lain dan sebuah keredhaan ilahi.

Ianya sesuatu yang amat sukar dan tidak berbaloi untuk diangankan percuma. Ianya perlukan latihan, kemahuan dan kesungguhan untuk menempatkan diri ke status ini dengan kesedaran bahawa setiap yang mendaki ke kemuncak akan terhempas lebih sakit dan berkecai ke bumi.

Namun, pemimpin yang adil adalah para kekasih tuhan yang telah di tempah tempatnya di syurga bersama restu kemuliaan para anbiya'. Ianya sememangnya satu penghormatan tertinggi. Namun risikonya lebih menjurus kepada realiti yang disabdakan nabi - ramai para hakim dan pemimpin akan terjerumus lebih banyak dalam neraka.

Untuk itu, tugas melatih kepimpinan adalah lebih sukar.

Memberi kesedaran untuk para negarawan cilik ini untuk menyedari hakikat diri adalah sesuatu yang cukup rumit dan memerlukan komitmen tinggi.

Teringat saya dalam satu program tarbiyyah anjuran JPN Penang ini, kami mengumpulkan beberapa kelompok pemimpin elit dari pelbagai sekolah terpilih disekitar negeri. Didalamnya kami cernakan mereka dengan pembentukan dan persediaan akhlak dan ilmu seorang pemimpin dan mempersiapkan mereka dengan cabaran semasa seorang pemimpin kini yang lebih mencabar.

Untuk merealisasikannya, kami berikan kebahu mereka tugas memimpin dalam rangka peranan dan fungsi tersendiri sebagai penghulu dan penghuluwati program. Dengan pemilihan peserta terbaik dan terpopular, beberapa nama telah terpilih dan diberi tugasan.

Tapi tahukah kawan, setiap tugasan yang gagal mereka penuhi dan tersalah peranannya akan ditarik secara terus jawatannya tanpa permisi. Bayangkan kawan... serasa saya itulah kem kepimpinan yang terbanyak penghulu dan penghuluwatinya sehingga kem yang berlangsung selama 4 hari dan 3 malam itu memiliki bersilih ganti hingga 3 dan 4 orang pemimpin program yang bertukar silang antara mereka.

Tugasannya santai tapi penuh madah berhelah.

Kekadang hanya diminta untuk para pimpinan ini menyusun kerusi dan meja berselerakan ketempat yang diarahkan dalam masa tertentu.

Penghulunya hanya seronok makan dan bersembang dengan rakan hingga terlewat melaksanakan tugas dan dibereskan oleh rakan2 peserta yang lain - tugasnya di tamatkan kerana gagal memimpin dan menunjuk contoh kepimpinan yang baik.

Penghuluwatinya pula lebih prihatin dan bersedia menerima arahan, dalam kelembutannya beliau terus melaksanakan kerja bersemangat dengan dibantu seorang dua rakan yang bersimpati, dan dalam masa yang berbaki semua kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya - tyapi tugasnya juga diTAMATkan kerana beliau juga gagal memimpin, gagal membahagi tugas, gagal mempengaruhi rakan untuk mewujudkan budaya kerjasama, gagal menunjukkan contoh kepimpinan terbaik iaitu kebersamaan dan bukannya one man show.

Alangkah uniknya latihan itu ... kepimpinan ..... moga mereka beroleh sesuatu.

No comments:

Post a Comment