Wednesday, December 21, 2011

Merantai Takwa, Ikhlas dan Khusyuk


Hey Kawan,

Memupuk takwa bukannya sesuatu perkara yang mudah, ianya memerlukan latihan dan kesungguhan yang berterusan.

Menyantuni ikhlas dan khusyuk dalam beribadah pun menuntut kriteria yang sama.

Kalau ingin khusyuk dalam solat, kita mesti terus bersolat, memperbaiki bacaan, meneliti makna , menghayati kehadiran hati, memerhati kekerdilan diri dan merasai keagugan ilahi.

Maknanya kita mesti terus bersolat untuk KHUSYUK.

Dan jika kita berbicara soal IKHLAS.

Para ulamak berpandangan ... ikhlas perlu disemai dalam diri, sesiapa yang tidak ikhlas bermakna ianya menghiasi amalan dengan perasaan riak dan menunjuk2 yang hanya akan memesongkan pahala amalannya ke lembah sia2.

Riak hanya akan mengundang nestapa.

Riak juga umpama menduakan tuhan pencipta. Mencari redha manusia melebihi kasih pada pencipta.

Namun, ulamak tetap berpandangan ..... Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan untuk menunjuk2 kepada manusia maka ianya adalah RIAK dan tidak IKHLAS.

dan barang siapa yang meninggalkan sesuatu amalan takut menunjuk2 dan tidak ikhlas juga bermakna ia telah RIAK, bukan kerana Allah.

Maka penyelesaiannya kawan .....AMAL tetap Amal, Ikhlas tetap perlu dilatih dan ditatih untuk berjaya.

Dan untuk itu kita perlu sentiasa mencuba dan berusaha untuk sentiasa mencari TAKWA.

Usahalah untuk melakukan apa yang kita katakan dan ianya latihan terbaik menggapai takwa sebagaimana kata bijak pandai WALK YOUR TALK sebagai manefestasi berkata benar dalam setiap perkara.

Ingat ....... Takwa ialah TALK and WALK it right.

No comments:

Post a Comment