Friday, December 30, 2011

Jom Sayangi Remaja - Ambang 2012


Hey Kawan ...

Jom Sayangi Remaja

Bagi menyahut seruan para pimpinan dakwah yang kerap menyatakan bahawa tugasan ahli jawatankuasa masjid dan surau bukan hanya terhenti di sempada empat penjuru surau sahaja. Bahkan para pendakwah kini perlu lebih giat dan aktif meranduk denai dan sumur yang dilalui para mad’u berstatus remaja ini dengan penuh keprihatinan dan kasih sayang.

Remaja semakin jauh dari masjid dan budaya solehah. Mungkin juga herdikan, sindiran dan lerekan mata sinis kita para pendakwah di anjung masjid menjerakan mereka untuk lama2 bermesra dan berjinak ke surau. Mungkin tugas menegur dan membetulkan mereka dengan cara tunjuk dan ajar bukanlah method yang terbaik sekarang.

Ada yang mengatakan, remaja perlu disayangi dan dibimbing dengan penuh mesra dan lemah lembut.

Jiwa yang sentiasa memberontak penuh amarah mungkin bisa tenang dan dingin jika disiram curahan kata perangsang dan perhatian pendakwah dengan penuh didikan dan sapaan.

Apapun persepsinya ... para pendakwah juga perlu bersedia untuk dakwah era baru.

Untuk itu, Program Dakwah Lapangan yang bertemakan JOM SAYANGI REMAJA dilancarkan sempena ambang tahun baru 2012 nanti .

Program akan bermula pada jam 6.30 petang di kawasan Rehat dan Rawat di Bagan , Seberang Perai Pulau Pinang yang sekian lama menjadi tempat julukan sebagai kawasan terbaik remaja berpeleseran dan memadu janji asmara.

Dengan pembaharuan aktiviti selaras dengan tema memasyarakatkan islam bersama remaja, pengisian program merupakan adunan konvoi bermotor, motivasi santai , persembahan kesenian jalanan, solat berjemaah, kaunseling kelompok dan juga edaran risalah.

Moga kerancakan penyertaan yang dianjur oleh Jabatan Dakwah dan Pembelaan Islam terus bersambut hangat dengan keterlibatan Jabatan Amal, DACS , Gabungan NGO seluruh Pulau Pinang dan jug a J/kuasa Masjid dan Surau.

Ayuh para sahabat, kita jumpa di sana.

No comments:

Post a Comment