Saturday, December 12, 2009

Cek List Serahan Tugas

Agenda Sabah

Kehadiran saya kembali ke Sabah menjanjikan masa luang yang agak terhad dan ruangan kerja yang tersusun sedia perlu dibereskan.

Mujurlah antara beberapa ilmu pengurusan yang sempat saya pelajari dan jadikan amalan ialah membuat memo dan senarai cek list bagi agenda dan tugasan yang perlu dilaksanakan bersama tahap keutamaan dan keperluan semasa.

Dengan menyenaraikannya meletakkan jiwa dan minda saya dalam status kerehatan dari keributan dan kekalutan, ia juga memberi saya ruang pengetahuan dan bertindak mengikut masa dan cara sewajarnya.

Lalu saya memberi jangka masa seminggu untuk saya dapat merumuskan segala agenda tugas ini ke tahap beres dan selesai. Insya allah.

Dalam entry kali ini saya ingin catatkan untuk ingatan diri dan berkongsi informasi bersama rakan sejawatan yang masih setia bertamu dan bertahan sebagai muhajirin di negeri Sabah ini.

Antara perkara segera dan tuntutan yang perlu kita selesaikan sebelum beransur pulang menjadi Ansar di halaman bumi sendiri eterusnya menyerahkan nota serah tugas kepada pentadbir kita.

1. Mengemaskinikan Buku Rekod perkhidmatan.

Urusannya bersama Puan Siti Aidah bagi Sekolah Menengah Daerah Kota Kinabalu di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah , tingkat 4 rumah persekutuan. Namun saya difahamkan bermula tahun depan , pengurusannya akan dipermudahkan dan diletakkan dibawah penyeliaan kerani khas di sekolah tempat kita berkhidmat.

2. Memohon peruntukan Kargo untuk mengangkut barangan dan kenderaan.

Berurusan dengan Puan Chin di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu di tingkat 5, bangunan KWSP. Perlu mengisi borang yang terlebih dahulu disahkan dokumennya oleh pentadbir sekolah. Kebiasaannya pihak jabatan yang akan menentukan pihak kargo terlibat dan mereka akan menghubungi kita untuk tujuan packing. Namun dimaklumkan para guru boleh juga mencadangkan nama pihak kargo kepada jabatan untuk memudahkan urusan tapi kata akhir masih di tangan jabatan.

3. Memohon tiket arahan perjalanan menjalankan tugas.

Ianya merupakan perjalanan rasmi dan tiada kaitan dengan tiket percuma tiap tahun yang biasanya diperolehi guru, perjalannanya boleh dirancang dari 3 hari hingga seminggu bersesuaian dengan masa guru yang ingin pulang bertukar. Prosesnya bermula di tingkat 7 bangunan Rumah Persekutuan, bahagian akaun dan kewangan bersama Pn. Raziah.

4. Memohon tuntutan perjalanan keluar stesen

Ia melibatkan hak mendapatkan lojing, makanan dan perjalanan keluar dari kawasan tempat asal kita berkhidmat. Urusan bersama En Sylvester di PPD KK, tingkat 5 bangunan KWSP. Namun urusannya memerlukan beberapa dokumen yang melibatkan kerani kewangan sekolah.

5. Menuntut elaun gangguan

Elaun yang boleh dituntut sekali dalam perkhidmatan dan berjumlah sebulan gaji. Saya difahamkan ianya adalah untuk tuntutan melibatkan pertukaran antara negeri. Berurusan bersebelahan dengan kaunter tiket di tingkat 7, Rumah Persekutuan.

6. Urusan perpindahan anak

Selepas berurusan di pejabat sekolah rendah anak yang terdahulu kita diminta membawa surat pelepasan dari pihak sekolah bersama dokumen berkaitan ke Jabatan Pelajaran Sabah, bahagian sekolah, tingkat 1 , Bangunan KWSP bertemu dengan Puan Mimi untuk mendapat pengesahan dan endorsed dari JPN Sabah ke JPN negeri yang dipohon nanti. Namun disarankan untuk mendapat nama sekolah baru terlebih dahulu bagi memudahkan pengurusan.

7. Urusan – urusan biasa perpindahan.

Melibatkan pembayaran bil dan penamatan perkhidmatan seperti telekom, streamix , astro, api dan air juga pembatalan perjanjian sewa bersama tuan rumah.

8. Menyerahkan nota serahan tugas

Diisi dalam borang yang disediakan melibatkan pernyataan tentang jawatan akademik, tugsan kokurikulum dan tugasan utama yang lain disekolah yang disandang oleh kita. Menyatakan bidang tugas, serahan dokumen dan rekod berkaitan serta jumlah wang atau dana yang disimpan sekiranya ada. Perlu diserahkan pada pentadbir di sekolah kita berkhidmat.

Moga maklumat sebegini dapat memberi rujukan kepada sahabat2 yang sedang dalam proses rayuan pertukaran nanti untuk bersedia dan memberi rujukan serta gambaran awal bagi rakan sejawatan jika ada yang berkeinginan pindah.

No comments:

Post a Comment