Monday, December 21, 2009

Membina Persepsi Murni Hijrah

Agen Hijrah

إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَةَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (218)

Maksud ayat surah al Baqarah ini menyatakan bahawa mereka yang beriman dan berhijrah melakukan perubahan serta berjuang di jalan allah ialah mereka yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah yang maha pengampun dan penyayang.


الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (20) يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ (21) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (22)

Maksud ayat surah Taubah ini membawa maksud mereka yang beriman , berhijrah dan berjuang dijalan allah dengan harta dan jiwa mereka lebih besar pahala dan darjatnya disisi allah dan merekalah golongan yang benar2 berjaya. Allah gembirakan mereka dengan rahmat dan keredhaaannya juga syurga yang penuh kenikmatan yang kekal abadi, ganjaran dari tuhan yang maha besar.

Tertarik saya dipagi hari ini untuk mengutarakan beberapa persoalan hijrah yang sememangnya dijadikan asset motivasi dan sumber hidayah oleh Allah, bahkan ianya dijelaskan dalam pelbagai versi ayat quran.

Elemen Hijrah ideal

Sempat saya meneroka melalui Quran Word yang dihadiahkan seorang sahabat satu ketika dulu untuk mencari maklumat tentang input hijrah melalui kalam allah ini.

Natijahnya memang menakjubkan.

Hijrah bukan sekadar omongan kosong.

Hijrah bukan hanya niat untuk berubah.

Hijrah bukan sekadar berarak mengelilingi pecan dan padang.

Hijrah adalah manifestasi 3 elemen yang saling berkaitan, ianya disebut secara berangkai pada hampir setiap versi al Quran berkenaan hijrah.

Elemennya ialah Iman, Hijrah dan Jihad.

Untuk itu setiap agen hidayah harus menyatakan persoalan hijrah ini tanpa membuang salah satu unsur ideal yang digabungkan tuhan untuknya.

Marilah semua sahabat untuk kita bersama menyantuni fikrah hijrah ini dengan memasang iman yang kuat dihati kita, nekad untuk membuat perubahan dan mendepani segala ujian mahupun halangan, lalu kita mesti bergerak dan melangkah dengan usaha kita berserta tawakal kepada ilahi. Moga kita memiliki kejayaan mereka yang berhijrah.

Teladan tema Hijrah

Terbayang diminda saya tema dakwah yang dikuncikan sahabat Jordan saya Ust Hasrizal dalam blognya Saiful Islam : mari kita didik minda kita untuk tahu, didik jiwa kita untuk mahu dan didik nafsu kita untuk mampu.

Satu tema baik untuk hijrah yang boleh kita sama2 teladani, tahu dengan ilmu sahaja tidak mencukupi, ianya perlu dipasak dengan azam keimanan yang ditanam kukuh dalam hati kemudiannya dilatih diri dengan mujahadah dan pengorbanan melawan nafsu buruk untuk kita mampu memiliki kemuliaan hijrah dan keampunan tuhan.

Sesungguhnya para tokoh gerakan hijrah siri pertama versi sirah sememangnya mengajar diri mereka dengan nilai ilmu,iman dan jihad ini.

Kerana itulah mereka mampu mendepani badai ujian dan fitnah kemunafikan dan kekufuran yang melata.

Kerana itulah dunia islam mampu bangkit dalam membina legasi ketuhanan yang penuh barakah dan keampunan.

Moga kita mampu membina daulah islam dalam hati kita untuk memenangkan agama allah dalam pentas yang kita kuasai.

Berimanlah, berhijrahlah dan berjihadlah.

No comments:

Post a Comment