Wednesday, December 9, 2009

Kembali berlangbuana Ke Sabah



Tanggal 9hb Disember saya menjejakkan kaki sekali lagi ke sabah.

Kali ini kedatangan saya dalam tempoh singkat untuk mengurus proses perpindahan kargo barangan dan urusan lain yang berkaitan.

Menaiki penerbangan seawal jam 8 pagi hinggalah ke jam 4 petang bukanlah sesuatu yang ganjil dan luarbiasa bagi saya, tapi perjalanan kali ini yang hanya ditemani isteri dan baby kecil saya tanpa kehadiran 4 anak kesayangan yang lain agak menyentuh deria hati dan perasaan saya.

Apatah lagi hati dan takungan rasa pilu yang kami tahan sejak pagi akhirnya terlerai dalam rembesan air jernih dipipi. Sedih dan terharu juga terpaksa meninggalkan mereka di kampung dibawah jagaan makcik dan pakcik-pakciknya.

Harapannya anak2 abah yang semakin membesar ini akan bijak menjaga tingkah laku dan pandai menjaga diri nanti.

Biarlah perpisahan ini mengajar kita erti kesyukuran dan rasa memiliki, harapannya ia membentuk kematangan dan kedewasaan pada diri kita semua.

No comments:

Post a Comment