Thursday, December 17, 2009

Merafak Doa di awal Muharram 1431 H

Tatkala kerancakan hadirin dan kegamatan sokongan pastinya tertumpu di kaca televisyen menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Vietnam adakah kemarau emas sejak 1989 Malaysia di sukan SEA bagi acara bola sepak akan tamat.

Dan jawapannya adalah ya, Satu perkhabaran gembira yang cukup mengujakan kita semua rakyat Malaysia pastinya.

Namun pada jam yang sama dibahagian timur Malaysia, waktu 6 petang biasanya sudah dikunjungi Maghrib. Harapannya mereka yang meraikan kejayaan menumpaskan musuh Malaysia dalam bolasepak juga berjaya menunaikan solat dan menundukkan musuh nafsu kita dalam diri.

Waktu yang sama, surau Flat Persekutuan menganjurkan Malam Sambutan Maal Hijrah yang di mulai dengan bacaan yasin, doa penutup dan pembuka awal tahun baru serta sedikit tazkirah atas permintaan sahabat2 surau.



Ingatan saya pada diri ialah acara keagamaan seperti ini perlu di asaakan atas rasa ilmu dan iman, walau hakikatnya ia bukan perbuatan sunnah rasul untuk berdoa di awal muharram seumpama ini, namun detiknya yang mampu mengumpulkan manusia untuk kekal dan suka mengingati Allah dan agama sesuatu perkara yang cukup elok dan bermanfaat.

Apatah lagi, kiranya diri mampu menidakkan nafsu hiburan untuk bersantai dan bersorak percuma menanti takdir penentuan keputusan perlawanan bolasepak itu.

Ianya sesuatu yang besar untuk kita syukuri dan banggakan.

Inilah antara intipati doa awal tahun yang kita persembahkan pada tuhan, kiranya amalan soleh kita sepanjang tahun yang lalu moga diterima dan di letakkan dalam akaun pahala kita yang tersimpan baik diakhirat. Moga ianya juga jadi pemudah kepada ketaatan dan ibadah kita dan dalam masa yang sama hendaknya menjadi pelindung kita dari murka allah dan bencana yang tidak kita ingini.

Banyak bicara saya pada malam ini sebenarnya saya cedok dari pengkisahan iman yang diceritakan sendiri oleh Rasulullah, ianya satu tulisan warisan yang disempurnakan oleh al Marhum Mantan Mufti Selangor. Ustaz Ishak Baharum.



Manusia memang sukakan cerita dan kisah, lalu nabi tampil bercerita. Cerita dari seorang manusia yang benar dan tidak berkata kecuali kebenaran.

Saya singgung kisah 3 bersaudara yang terkepung didalam gua, hanya diselamatkan bukan dengan kekeuatan fizikal mereka atau dengan bantuan manusia atau mesin pemecah batuan, tapi mereka terselamat hanya kerana tulus amalan dan niat mereka.

Hijrah adalah niat yang suci. Hijarah adalah keazaman untuk perubahan.

Hijrah adalah kemenangan dan Hijrah adalah idntiti agung umat Islam.

Hijrah lah yang merubah lanskap politik dan maruah umat islam ini.

Saya bawakan lagi cerita rasul tentang taubat hamba tua yang mewasiatkan abu mayatnya dibakar, kerana takutkan tuhan dan sedikitnya amalan.

Dan saya juga sebut tentang pepatah agama : innamal a’mal bil khawatiim, setiap amalan itu akan dikira berdasarkan kepada hujung amalnya. Ianya tuntutan kita untuk terus istiqamah membawa hidup ini kearah redha ilahi dan tidak membiarkan diri untuk terus celaka dan menderhaka.



Dan akhirnya saya patrikan dengan ayat 134 surah ali Imran sebagai cek list perubahan kita:

1. Bersegeralah memohon keampunan Allah.
2. Berlumbalah membuat kebajikan untuk menikmati syurga allah.
3. Belanjakanlah harta dijalan Allah dalam senang dan susah.
4. Tahanlah amarah diri dan cuba untuk tidak marah.
5. Sentiasa memaafkan orang lain dan yang lebih utama diri sendiri.
6. Berusaha untuk tidak kekal dalam maksiat dan kesalahan, bersungguhlah untuk mendaki tangga ketaatan untuk hamper kepada tuhan.

Moga kita selamat dunia dan akhirat.



Mungkinkah ini saat dan program terakhir saya disini ?? Entahlah, hanya takdir tuhan yang menentukan.

Selamat tinggal Surau Flat Persekutuan Km 4 Likas.

2 comments:

  1. Salam ... terima kasih atas info anda.

    Sememangnya kematian itu satu pengajaran untuk kita semua.

    moga kita mampu menghadapinya satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam Ustadz..
    Baru saya berkesempatan menelaah blog ustadz ini dengan saksama..
    penuh pengajaran dan iktibar. kami di sini masih terkapai - kapai menunggu pengganti ustadz mungkin selepas musim cuti sekolah ini berakhir, sudi sudilah kiranya ustadz jenguk - jenguk dilaman kami, senantiasalah berikan kami tunjuk ajar, pedoman dan tazkirah secara online.. kami senantiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan ustadz ..

    ReplyDelete