Saturday, December 12, 2009

Laptop Rosak



Dalam kesibukan rutin harian menyelesaikan tugasan terakhir yang masih berbaki dibumi sabah ini, laptop saya tiba-tiba bermasalah dan tidak dapat berfungsi.

Gara-gara bateri uzur dan lapok yang langsung tidak mampu menyimpan tenaga, kalau dahulunya masih mampu bertahan hingga kesepuluh minit, namun saya kesan sejak raya korban yang lalu, kuasa simpanannya juga ikut terkorban sama.

Hari Jumaat lalu, tanpa sedar saya tercabut plugnya dari sumber elektrik, ia terus tersangkut dan tidak dapat dibuka hingga terpaksa saya mencuri masa sibuk saya untuk membaikinya di Skytech, kedai awal semasa saya membelinya 4 tahun lalu.

Sempat saya bertanya kalau2 ada bateri baru untuk laptop NEC VERSA M540 saya ini, SAM seorang staf muda yang juga merupakan technician disana tersenyum sambil menjawab : Kalau NEC dah tak ada, mungkin dah balik ke Jepun.

Terpaksa meninggalkannya di kedai selama sehari untuk dibaiki dan diformat semula, harapnya dokumen dan maklumat didalamnya tidak hilang.

Dan selama itu jugalah saya tak dapat menerima berita kawan2 blogger sabah dan mengisi minda dengan informasi baru dari blog2 yang saya masukkan dalam pautan ilmu dan hujjah saya.

Mungkin ada rahmat disebaliknya, sempat juga saya menyentuh tugasan pelajar OUM yang saya belum semak dan berikan markahnya lagi.

Harap masa yang terluang ini dapat saya manfaatkan.

No comments:

Post a Comment