Monday, December 21, 2009

Menyantuni Fikrah Hijrah Para Ulamak



Kecewa Hati

Begitu mengujakan dan ruginya untuk tidak dapat serta menempatkan diri ini dikalangan khalayak yang berpusu menghadiri Majlis Munaqasyah bersama Sheikhuna Dr Yusof Al Qardhawi di Masjid Shah Alam.

Infonya hadir dalam blog sahabat saya Ust Aizam Masúd menitipkan rasa rindu saat talaqqi dulu kepada saya yang bukan sedikit, bertuahnya rasa untuk kembali ke daerah ini.

Daerah yang lebih cepat menerima hidayah, daerah yang tidak asing dengan kegawatan fikrah dan hujjah, daerah yang sering mencambahkan pemikiran dan idea baru, daerah yang tumbuh segar pelbagai tempat yang bercirikan taman –taman syurgawi.

Kenangan Semalam

Mungkin inilah harga yang terpaksa saya bayar ketika berkelana dulu, walaupun begitu tidak saya sesal detik dan tika pengorbanan saya ditagih menabur benih hidayah dibumi terdahulu, namun saya terkilan masa yang saya bazirkan meratapi untung nasib di perantauan tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah, saya geramkan waktu yang saya bazirkan disana, 9 tahun mungkin panjang tapi apalah sangat sumbangan yang mampu yang hadirkan.



Mari kita bersama ulasan Ust Aizam berkenaan kunjungan ilmu dan hijrah ini :

Pada malam ini (19/12/09), SQ memulakan ucapan tentang hubungan beliau dengan Malaysia yang telah terbina sejak tahun 1974 melalui Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudian, beliau mula mengupas ibrah atau pengajaran yang dapat diambil daripada kisah Hijrah Rasulullah SAW. Pertama, nasrun minAllah (pertolongan daripada Allah yang menjelaskan Allah membantu Rasul-Nya menerusi tentera yang tidak dilihat), kedua, afdhal al-takhthith al-basyari (sebaik-baik perancangan manusia) adalah ketika Rasulullah SAW mengatur perancangan untuk melakukan hijrah, keempat, ta'sis al-mujtama' al-muslim (pembinaan masyarakat Islam di Madinah) dan kelima, kefasadan masyarakat Islam yang berpunca daripada golongan munafiqin yang membenci dan memusuhi Islam dari dalam termasuk mereka-reka fitnah dan sebagainya. Ucapan beliau disudahi dengan hadith al-ifki yang berlaku ke atas Sayyidatina A'isyah r.a.h. Kupasan beliau sangat-sangat menarik perhatian penulis dan bersifat 'hidup' dan menghayati zaman semasa, bukan sekadar mengucapkan hujjah dan dalil..



Dalam suasana di dalam masjid yang penuh keberkatan, dimulai dengan solat Maghrib yang dipimpin oleh SQ dan ditutup dengan doa penuh semangat oleh Syeikh al-'Allamah dan solat Isyak...ditambah dengan kehadiran ribuan jama'ah tanpa jemu dan setia mendengar (sehingga penulis sukar dpt parking!), tidak dinafikan majlis pada malam tadi sangat berjaya walaupun ianya tidaklah kelihatan 'exclusive' dan 'grand' pada pandangan sesetengah orang!!

Bagi penulis, ketepikan unsur-unsur politik yang cuba dimasukkan atau dicucukkan oleh orang tertentu kepada SQ..tetapi ambil lah ilmunya yang masak ranum itu..ingatlah 'mujalasatul ulama' itu satu rahmat daripada Allah SWT..semoga dengan ketokohanam Maulana al-Syeikh, dua fahaman politik yang berbeza pun akan dapat disatukan jua...Wallahu a'lam


Sila rujuk laman berikut untuk manfaat dan maklumat penuh :
http://www.mufakkir-islami.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment