Thursday, December 3, 2009

Masihkah kau ingat - wira memo

Masihkah kau ingat… parut memorandum bukan sedikit, calarnya mampu mengalir darah, busungnya masih menakung nanah, bukan sedikit pengorbanan yang ditagih dan terpaksa kita bayar ,bahkan ada yang mencagarkan kelas markaz lughah mereka untuk itu…..

Namun, hikmatnya pasti tuhan saja yang tahu… dan kita juga tahu, bahawa kita sebenarnya sudah boleh mengikat muafakat, menyimpul bicara dan melangkah bersama, lalu idea penubuhan PRISMA sudah pastinya akan menjadi kenyataan…

Dan antara hero demo yang menonjol tika itu ialah akh Wan Rumaizi, pastinya meraih popularity besar memegang tampuk kepimpinan awal….

Pandai juga kita berdemokrasi dulu ya..siap dengan pilihanraya dan berperlembagaan lagi, itulah hadiah permusafiran kita,jauh berjalan luas pengajaran dan pemandangan kita.

Dan setelah itu, bertukar baton kepada saudara Kamal Nazmi, Ust Farid Ravi, Sdr Azrulsham dan lain2 yang pernah mengisi rakaman tinta nostalgia memegang kerusi empuk penuh taklif dan tanggungjawab itu, kerusi presiden PRISMA.

No comments:

Post a Comment