Sunday, December 20, 2009

Hijrah dan Haruman Kisah Rasulullah – Berceritalah

Hijrah dan Haruman Kisah Rasulullah – Berceritalah



TAJUK : KISAH –KISAH DARIPADA RASULULLAH
OLEH : ALLAYARHAM DATO’ISHAK BAHARUM
TERBITAN : KEMILAU PUBLIKA
MUKASURAT : 112

Dalam cuti yang serba panjang dan sibuk ini, masa berlalu agak pantas dengan rutin pelbagai yang harus diselesaikan segera tugasannya.

Mujurlah masih ada sedikit masa untuk saya membaca dan meneliti kandungan buku ini.
Buku pengkisahan cerita rasul untuk umat ini. Walaupun kandungannya pernah saya baca dan ketahui sebelum ini, sengaja saya miliki dan telaah buku ini untuk mencari keistimewaan ibrah dan pelajaran hidayah yang mampu saya ambil dan pelajari apatah lagi ianya hasil tulisan awal yang belum diterbitkan ketika hayat penulisnya Ustaz Dato’Ishak Baharum yang sarat dengan mesej dan tarbiahnya.

Mari kita bersama kata2 awal penulis di muqaddimahnya :
“ jika kita perhatikan amalan orang tua yang mengambil berat tentang pendidikan, mereka akan mengambil kesempatan dimasa lapang mereka untuk bercerita kepada anak cucu mereka dengan pelbagai kisah contoh tauladan baik dan sempadan buruknya.

Begitu juga apabila kita menoleh kebelakang meneliti pamimpin agung kita Rasulullah SAW yang misi pengutusannya adalah mengubah dan memimpin akhlak manusia. Maka nkita lihat pendekatan bercerita ini kerap digunakan rasul berkisar tentang umat terdahulu. Cerita yang bukan sahaja sebagai alat hiburan, tapi agen untuk menyemai sifat terpuji kedalam jiwa sahabat seperti jujur, ikhlas, sabar, tawakal, redha dan lain2”

Lalu gesaan kalam sisinya yang disempurnakan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat sesuai dijadikan inspirasi untuk kita menghadaminya sebagai bekalan hidayah kehidupan. Kata Beliau “Rasulullah SAW seorang nabi dan ikon umat sepanjang zaman yang layak dinobat sebagai suri teladan. Lantas, kalam baginda hadir berdasarkan wahyu bukan dari dorongan nafsu. Siapa lagi yang mesti kita turuti jika bukan lelaki ini. Lelaki yang mesti kita dahulukan berbanding ibubapa, suami atau isteri. Itulah junjungan Agung, Nabi Muhammad SAW. Dengarkanlah kisah daripada baginda dan bnerselawatlah ke atasnya dengan kesejahteraan yang kududs dan muluk”

Dan alhamdulillah, kehidupan ini adalah satu pentas cerita, manusia adalah pelakonnya. Kisahnya yang pelbagai dan reality lebih bererti dari mendengar dongengan omomg kosong.

Saya sudah menjumpai ibrahnya,anda bagaimana ? Namun yang paling utama, menghayati serta mengamalkannya dalam kehidupan ini.

Moga allah merestui dan mempermudahkan.

No comments:

Post a Comment