Saturday, December 26, 2009

Tetamu Hijrah



Jejak Kasih Di Awal Muharram

Ukhuwwah itu jelas terasa manisnya.

Dari jauh tanpa salam dan berita kami dikunjungi rakan seperjuangan dibumi lambaoian kinabalu satu ketika dulu.

Walau sudah 2 tahun terpisah kerana kepulangannya lebih awal ke sepang selangor, ikatan kasih ini masih utuh berpadu.

Dalam congakan lagik dan rasa, saya mengandaikan rumah kecil di gelugor ini akan diserikan dengan kunjungan pertamanya oleh sanak saudara dan keluarga di alor setar kedah.

Namun jangkaan saya meleset, bukan keluarga yang dating sebagai tetamu pertama.

Tapi seorang rtakan fillah yang datangnya dari jarak yang jauh semata untuk bertemu dan mengucap salam dan khabar perjuangan.

Terima kasih padaUst Zol Amri dan keluarga yang sempat bertandang keteratak kami walau dalam keadaan rumah yang masih kosong dan tidak terurus.

Dengan cerita dan khabar dakwah di selangor, isu tauliah, kisah rakan terdekat dan cerita keluarga, kami asyik melayan indahnya persaudaraan ini.

Masih terasa, betapa kami sentiasa bersama berganmding abhu menghidupkan surau teknik likas, menapak jauh dalam perjalanan mengisi misi dakwah di kg luanti dan seterusnya bertamu bersama muktamar pemuda nun jauh di tawau sana.

Hormat saya padanya selaku rakan dan senior dalam perjuangan, juga petugas ikhlas yang terpamer pada setiap langkah dan bicara perjuangnnya.

Pengarah dan pelopor awal untuk Unit Amal bertapak di Sabah.

Tahniah Ust Zol Amri, saya doakan keberkatan dalam hidupmu.

No comments:

Post a Comment