Wednesday, December 16, 2009

Malam Santai di Norita Tomyam



Dalam kesibukan aktiviti masing-masing, jalinan ukhuwwah tidak pernah akan merasa susah untuk sekejap berjumpa dan bersalam mesra.

apatah lagi untuk mengikat rasa kekitaan dan memohon petunjuk ilahi dalam memberkati liku jalan yang dilalui. juga sekadar bertemu dan memesrai perpisahan yang terjadi.

Ahli jawatankuasa surau Flat masih sempat mengatur pertemuan, seusai solat Isyak di Surau kami bergegas ke Norita Tomyam untuk menjamu selera dan bertukar idea.

Bersama setiusaha dan bendahari surau yang sekian lama banyak memberi sumbangan, juga ajk lama surau yang juga akan berpidah ke rumah barunya nanti.

En Latip, En Ismail dan Sdr Rasyid sentiasa bersedia meluangkan masa bila diminta.

Panjang bicara kami, menjurus kisah hidup masing-masing dan tidak lupa juga tentang hambatan dakwah untuk memakmurkan rumah Allah di komuniti kami.

Dengan hidangan mee goreng ayam yang kami licinkan malam itu, diselang seli dengan aroma dan rasa tomyam daging yang pedas dan panas, kami saling bertukar pandangan dan khabar, bertukar nasihat dan pesanan, berbalas pandangan dan cadangan.

akhirnya, kami meterai dengan program sambutan Hijrah Rasul disurau Flat bersama ketibaan awal Muharram Khamis ini.

Foto merangkai tautan hati.



1 comment:

  1. bilakah lagi kita dapat berkumpul seperti ini ustadz.. mungkin jika Allah mengizinkan kita akan bersua lagi di masa akan datang.. jika ke Sabah jangan lupa kami yaa ustadz.. kedatangan tuan senantiasa kami alu - alukan..

    ReplyDelete