Thursday, December 3, 2009

Minggu Ceria Yang Memenatkan

Minggu Sibuk

Kalendar hidup saya di penghujung November dan awal Disember ini memang saya jangkakan agak adventure dan memenatkan.

Saya bertolak pulang dari Sabah ke Alor Setar menggunakan tiket penerbangan isteri pada 23 November, seterusnya mengambil Innova untuk pengangkutan darat saya semasa travel di utara dan kelantan nanti.

Berada bersama di keluarga di Kedah selama 2 hari sebelum saya meluncur di jalan raya untuk berhari raya di Kota Bharu pada 26 November. Sempat berhari raya dan mengunjungi kaum kerabat terdekat serta majlis kenduri kahwin dipihak keluarga dan rakan saya bergegas pula ke Sidam Kiri, Kedah pada 30 November.

Sidam Kiri adalah tempat transit saya di rumah kakak ipar dan ianya merupakan tanah sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang yang hanya mengambil masa 10 minit ke Tasik Gelugor.

Pagi 1 Disember saya bergerak ke Pulau Pinang dan sempat kami melapor diri di sekolah masing-masing.

Melapor Diri

SMK Abdullah Munshi adalah sebuah sekolah Bestari yang menjanjikan kualiti pendidikan serta pelajar yang lebih baik. Dengan rekod prestasi akademik yang baik dan latar belakang pelajar pintar meletakkan tugasan di sana bersesuaian dengan corak dan gaya akademik isteri saya.

Semasaa wawancara ringkas bersama barisan pentadbir SMKAM ini saya tersenyum bila tiba-tiba pengetuanya memberi soalan cepu emas kepada isteri saya “apa rasanya pembaharuan yang ustazah akan bawakan disekolah ini nanti, selaras dengan lama pengalaman dan mungkin program terbaik yang ada di sekolah ustazah terdahulu?”

Soalan yang amat bermakna untuk dijawab... menjanjikan azam dan harapan pentadbirnya dan bebanan tanggunjawabnya nanti. Namun perlukah soalan itu dijawab memandangkan kami pun belum pernah bercinta dengan sekolah ini. Membuat sesuatu jawapan tanpa asas ilmu dan pengetahuan hanya akan memberikan keputusan yang dangkal dan janji kosong tanpa amanah.

SMK St Xavier

Kemudiannya kami sampai di SMK ST Xavier sebuah sekolah mubaligh yang saya letakkan kaki buat pertama kalinya pada jam 1.05 petang.

Bersama dengan Penolong Kanannya Mr Cheng, saya diberikan taklimat panjang berkaitan sejarah dan polisi sekolah yang memakan masa hampir 45 minit. Berjanggutlah isteri dan anak2 menunggu didalam Innova hinggalah ianya berakhir dengan saya meletakkan ibu jari tangan kanan dan kiri bagi tujuan punch kad elektronik.

Sebuah sekolah yang diasaskan dengan derma dan donation para mubaligh dalam memberi pendidikan dan membentuk pemikiran masyarakat, sekolah ini terus berjalan stabil hampir 10 dekad lamanya.

Tahun ini merupakan tahun pertama sekolah ini diambil alih oleh KPM dan tahun terakhir perkhidmatan Datuk Brother Paul sebagai paderi dan pengetua sekolah.Dan seterusnya, pengetuanya akan dipegang oleh guru biasa yang bukan bertaraf paderi.

Namun menoleh sejarah dan sumbangannya, beliau ternyata seorang yang berwawasan dan banyak jasa. Mungkin saya boleh menulis semula tentangnya nanti untuk perkongsian dakwah bersama.

Yang baik kita jadikan tauladan dan sandaran untuk kebaikan dan menggerakkan dakwah Islam nanti.

“Ustaz dilantik sebagai Ketua Panitia...masa mengajar ustaz ialah 24 masa, dan biasanya masa PAFA adalah diluar jadual persekolahan,Ustaz akan keluar lewat dari masa biasa.... dan ustaz juga akan mengajar tingkatan 4 dan 5 serta memegang jawatan Penasihat Persatuan Pelajar Islam ” bijak pentadbir ini menyusun ayat menyerahkan bebanan tugas kepada saya yang hanya tersenyum dan mengangguk.

Inilah rencah alam, sekali kita di atas sebagai senior dan akhirnya kita akan kembali junior. Biasalah kan..bukankah kita mata rantai perjuangan yang tidak memulakan dan tidak juga mengakhirinya. Saya terima dengan jelas dan patuh segala arahan apatah lagi sekolah ini hanya mempunyai 2 orang guru agama sahaja yang kapasiti pelajarnya ialah hampir 1700 orang.

“Harap ustaz dapat menyesuaikan diri .... dan kebiasaannya pelajar disini lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi mereka” sambung Mr Cheng lagi.

Terima kasih dan tarikh 30 Disember merupakan tarikh bertugas pertama saya untuk mesyuarat sulung disini nanti.

Azam Diri

Azam saya .... ini semuanya suratan ilahi terhadap saya, setelah sekian lama memohon untuk bertukar dan ditempatkan ke sekolah terbaik bagi diri saya, agama saya dan keluarga saya. Maka allah takdirkan saya bertapak di sini, pastinya ada tugasan tuhan buat saya disini.

Insyaallah, di kesempatan ini saya berazam untuk memperbaiki dan mempertajamkan penggunaan Bahasa Inggeris saya yang kian tumpul ini, moga dengannya dapat saya baca dan telaah pandangan hikmah dan ilmu dari jurusan barat dan eropah yang berguna nanti. Juga buat jadi medium dakwah yang berguna dalam kepelbagaian dan kemajmukan masyarakat disini.

Bukankah ia juga maksud junjungan “pelajarilah pelbagai bahasa asing, moga dengan nya kamu akan dipandang mulia dan juga kamu akan selamat dari tipudaya mereka”

Pulau Mutiara.......................... Moga banyak mutiara yang dapat saya kutip dan rangkaikan untuk menjadi perhiasan hidup dan agama yang bergemerlapan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum ust...
    cayalah...
    speaking la kite nnt ye ust...
    InsyaAllah,ust bleh bha!
    he3...
    Semoga perjuangan ust di sana akn lbih baik...
    sbb speaking sudah... :)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Insya allah , moga allah mempermudahkan.

    Bahasa ialah komunikasi ... sekiranya lama tidak digunakan ianya akan hilang dan kurang keindahannya. Moga ustaz dapat membiasakan diri dengan bahasa antarabangsa ini.

    Insya allah, ustaz akan kembali ke sabah pada 9hb disember rabu ini.Ustaz akan jenguk kalian disekolah nanti

    Doa untuk kalian terus berjaya dan bahagia.

    ReplyDelete