Wednesday, March 24, 2010

Tahbibul Lughah SMKAM

Pada hari rabu 2 minggu yang lalu, saya dijemput sebagai panel motivasi bagi program Tahbibul lughah Arabiah bagi SMK Abdullah Munshi, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang.

Bermula jam 2-3 petang, program tersebut mengumpulkan keseluruhan pelajar kelas Bestari tingkatan satu hingga tiga berjumlah 60 orang yang juga merupakan pelajar kelas aliran agama di sekolah elit tersebut.

Kedatangan pelajar dalam jumlah yang agak besar dan berbeza tahap pendedahan bahasa arab ini sedikit menyukarkan titik fokus saya, kepelbagaian mereka memeriahkan dan menguji apatah lagi diwaktu matahari tegak dikepala yang hanya terfikirkan bantal disorong memang selalunya akan mencabar keupayaan kreativiti saya memberi penyampaian terbaik.

Pendedahan maklumat awal saya dapati sekolah ini sudah lama menubuhkan sebuah kelas bahasa arab disetiap tingkatan bagi memenuhi taraf sebuah sekolah bestari, apatah lagi dengan kedatangan pelajar yang dianggap bijak apabila diterima masuk kesolah ini,kebiasaannya mendapat tapisan akademik yang agak tinggi, mungkin minima 3A sahaja yang layak merasa nilai pendidikan kelas atasan ini.

Pelajar kelas agama pula dipilih sendiri oleh jabatan dan diletakkan didalam sebuah kelas yang sama berdasarkan krtiteria tertentu.

Alhamdulillah, ianya berjaya di kekalkan konsisten sehinggalah kehari ini bahkan sekolah ini juga memilih specialist “subjek bahasa arab antarabangsa”sebagai subjek pilihannya sebagai sebuah sekolah bestari berbanding sekolah lain yang memilih bahasa jepun atau perancis.

Namun ajaibnya gabungan pelajar elit, sekolah bestari, infranstruktur tahap sempurna dan pentadbiran berprestasi tinggi kelihatan tidak berjaya mencapai kecemerlangan dibidang bahasa arab. Sejarah mereka mencatatkan keputusan tidak memberansangkan untuk subjek ini sejak dahulu bahkan sering dikambing hitamkan apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan. Satu kenyataan pahit yang perlu ditelan.

Teringat selalu saya pada teratak sekolah lama yang saya tinggalkan, tiada kumpulan pelajar tapisan elit, tiada elemen infranstruktur, yang ada jauh dari sempurna, mungkin yang ada hanyalah sebutir aircond sebagai pembakar motivasi dan kelainan, itu sahaja.

Namun pencapaian pelajar pernah dibanggakan antara terbaik setanding sekolah agama.



Bila ditanya guru berkenaan tentang cara memperbaiki pencapaian. Saya kaget dan kehairanan, bagi saya … sekolah ini sudah mempunyai prasyarat asas untuk kecemerlangan bahasa arab. Tapi kenapa kegemilangan seakan diserkap muram prestasi, mungkin pelajarnya belum cukup digilap dan gurunya belum cekap memberusnya lengkap.

Pengalaman sedikit saya pertaruhkan, saya huraikan prasyarat perubahan drastic pencapaian bahasa arab ini perlu diletakkan diatas landasan konkrit sewajarnya. Asas yang utuh inilah akan mempastikan konsistensi pencapaian pelajar pada peringkat seterusnya, tahun demi tahun… insya allah.

1) Asas minat dan mencintai bahasa arab.
2) Motivasi berterusan kearah penguasaan bahasa.
3) Pengetahuan dan kemahiran asas yang lengkap seperti penulisan jawi dan kemahiran membaca alquran.
4) Kebiasaan amalan menghafal yang sentiasa perlu diterapkan kepada pelajar bahasa ini.
5) Kreativiti pengajaran menyeronokkan dan berkesan.
6) Teknik dan kemahiran menjawab yang harus dikuasai pelajar dan terlebbih dahulu guru yang mengajar.
7) Meletakkan dorongan pengiktirafan langsung dan tidak langsung : melalui kelas bahasa arab yang perlu dinaikkan taraf dan tahap keelitannya sesuai dengan pengorbanan banyak subjek pelajarnya.
8) Program peransang luaran seperti kem bahasa arab, perkemahan dan aktiviti lainnya.

Atas asas inilah saya berdepan dengan pelajar dihari itu, meletakkan konkrit azam dan sisi pandang berbeza pada kemuliaan dan kelebihan menguasai bahasa quran ini

Mungkin kapasiti saya sebagai mantan jurulatih bahasa arab dinegeri sabah, ianya banyak membantu memberi nilai tambah dan cara berfikir baru untuk mendekati pelajar ini, juga mungkin sedikit eklebihan berbahasa saya yang dapat saya tagih untuk mereka lebih melihat bahasa syurga ini dalam dimensi dan skop berbeza.

Sejam berlalu ceria dengan pelajar memberi reaksi baik, teruja dan supporting berpartisipasi sepanjang program sehinggalah kehadiran kertas memo dari pengerusinya , MAAF 10 MINIT LAGI USTAZ, JAM 3 PELAJAR TERPAKSA BALIK KE ASRAMA, BAS SUDAH MENUNGGU.

Keceriaan terhenti, namun ianya langkah pertama kearah peningkatan motivasi dan prestasi bahasa rasulullah ini.

Saya telah menyampaikan….. Moga allah yang memberkati.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Salam ikhtiram lillahita'ala buat ustaz dan keluarga. InsyaAllah BALKIS sekarang sedang merancang untuk buat kem kepimpinan BALKIS seperti yang dicanangkan sebelum ni sama ada hujung bulan 4 atau awal bulan 5 memandangkan waktu tu matrikulasi dan degree dah cuti. Nak minta cadangan ustaz pengisian yang boleh kita muatkan terutama yang memfokuskan pembinaan jati diri dan pemerkasaan tahap keyakinan dalam diri setiap pimpinan. Setakat ni kami sedang cuba berhubung dengan KRU untuk berkolaborasi dengan pihak sana. Harap ustaz dapat membantu!

    **InsyaAllah 12 April-20 April saya akan menghadapi final exam, doakan kejayaan saya dan juga rakan2!
    (terasa penguasaan arab semakin pudar daripada yang sebelumnya, entah di mana silapnya, sedang cuba koreksi diri sambil struggle.)

    ReplyDelete
  2. Salam.. Ratna dah jadi penjual ais krim ke ?

    Ustaz jenguk2 juga blog tu dan tahniah atas kemenangan debat atau bahas baru2 ni.

    Ustaz salute atas kejayaan dan hijrah yang dibuat.

    Moga terus berjaya, dan ingat ... doa setiap guru adalah mengaminkan setiap langkah kejayaan pelajarnya. Biar berjaya melebihi para guru2nya.

    ReplyDelete