Tuesday, February 16, 2010

Ayat - Ayat Cinta Bertasbih Langsung

Ustaz Cinta Islami

Ust Habiburahman Es Syairazi – merupakan novelis islamik muda yang pernah mencatat bestseller dalam penulisan novelnya, berfizikal sederhana tinggi, beraut wajah tegas tapi sentiasa menguntum ceria, beliau ramah didekati dan menjawab setiap soalan.

Hari indah sesudah subuh beliau memberi tazkirah secara langsung di masjid saya.

Dijemput sebagai wakil kerajaan negeri sebagai tetamu festival hiburan islam, pantas beliau memenuhi jemputan. Keberadaannya akhirnya dikongsi dan dimanfaatkan dengan tazkirah dan perjumpaan kecil, dan salah satunya alhamdulillah dimasjid kampong saya.



Memulakan tazkirah dengan kehidupan penuh erti pada mereka yang memulakan langkah barakah dan keredhaan dengan bersolat subuh berjemaah. Keimanan akan meyakininya sebagai harta yang paling berharga mengatasi kemewahan dunia dan isinya.

Manusia beriman perlu punya jatidiri berbeza katanya tegas dengan pelat Indonesia yang amsih pekat, ternyata beliau begitu berhati-hati memilih kata supaya rumpun budaya dan bahasa yang sama ini mendapat manfaatnya.

Hidup Bererti

Hanya orang yang beriman dan ingin hidup bersama islam sahaja yang akan menyedari manfaatnya. KEHIDUPAN YANG PENUH BERERTI. Setiap langkah dan tindakan akan mengundang pahala. Sedarkah kita ? bersyukurkah kita ? banggakah kita.

Dan seumpama doctor cinta dihujung ceramah beliau mengupas tentang erti cinta.

Satu elemen terhebat mampu mengubat penyakit hidup manusia. Satu yang terbaik untuk memulakan langkah kejayaan dan satu yang teragung untuk disia-siakan begitu sahaja.



Beliau memulakannya dengan membawakan hadis rasul berbunyi : seorang arab badwi bertanya tentang bilakah kiamat ? nabi menjawabnya dengan bertanya kenapa? Adakah kamu sudah bersedia? Dan apakah persediaanmu? Maka Badwi itu menjawab : aku tidak mempunyai apa2 persiapan kecuali aku mencintai Allah dan Rasul sepenuh hatiku. Maka rasul menyambungnya : engkau akan berada bersama dengan orang yang ENGKAU CINTAI.

Unik Cinta

Dalam rangkaian hadis lain beliau bawakan : Seseorang itu akan berada bersama dengan orang yang disayanginya.

Kerana itulah CINTA perlu mendapat tempat istimewanya, ianya bukan barang permainan dan gadaian murahan, ia tidak boleh dipersiakan dan ditukar ganti.

Untuk hidup berjaya mendapat kebaikan dunia dan akhirat, ingatlah pesan ini : PILIHLAH DENGAN SIAPAKAH KAMU MAHU BERCINTA DAN DICINTAI.

No comments:

Post a Comment