Sunday, February 7, 2010

Ujian Percaya

“Memang betul Ustaz , saya nampak dia minum arak. Dia pegang botol arak tu dan minum bersama rakan cinanya di atas bas” ujar seorang pelajar saya umpama penyiasat upahan.

“Entah apa nak jadi dengan dia ustaz” Sampuknya lagi putus asa.

Saya hanya menjadi pendengar setia, terbakar juga sedikit hati ini kerana saya pernah berbincang lama dengannya. Sememangnya dulu dia kaki botol sejak tingkatan 1 tapi katanya kini dia sudah bertaubat.

Taubat kerana cacar dibadannya. Taubat kerana pesan doctor tentang padah arak kepada badan. “Saya dah berjanji takkan minum lagi, saya dah bertaubat Ustaz. Katanya suatu hari.



Petangnya dalam perjalanan ke pejabat, seorang kerani memanggil saya, “ustaz kenal budak ni kan, semalam saya lihat dia berada dalam gereja. Sama – sama bersembahyang dan mengikuti upacara pengkebumian Brother Brandane kelmarin.”

“Saya lihat dia duduk dan berdiri sama macam penganut agama kristian” lapornya lancar.

Entahlah hati saya mengeleng, teringat langsung kepada amanat saya kepada para pelajar tentang etika toleransi dalam agama yang saya gariskan, bukan sekadar itu, saya minta mereka sampaikan kepada semua warga muslim di st Xavier ini.

Tapi lidah saya seakan mudah melafaz : tak mengapa, nanti saya tengokkan, dulu dia dah berjanji dengan saya untuk tidak minum arak. Mungkin dia sekadar mengucapkan terima kasih digereja tu. Nantilah saya jumpa dia esok.” Sahut saya membungakan harapan dan kepercayaan pada seorang anak muda cina berkonflik agama ini.

Moga allah membantu saya. Doa dipanjat dari hati.

No comments:

Post a Comment