Saturday, February 20, 2010

Bicara Minda Maulidurrasul

Menyingkap sebuah Pertikaian

Terkejut saya bila terbaca entry ini diblog saudara Faisal Tehrani. Blog yang biasanya saya rujuk untuk mencari sentuhan bahasa dan ekspresi perkataan sesuai dalam penulisan.

Beliau juga seorang penulis kreatif yang saya kagumi walaupun naluri peribadinya lebih memilih faham syiah untuk dikagumi.

Entah mengapa reaksinya berombak emosi penuh gelora. Saya merasakan ini antara tulisannya yang agak beremosi dan kurang teliti.



Bulan Maulud MEMANG LEBIH BESAR Dari Bulan Ramadhan!

Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)

Datuk Nik Aziz dilaporkan menambah: "Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi." (Baca: Maulid ini konon bid'ah).




Saya melanjutkan pembacaan dalam hati yang berkaca, kenapa perlu diperdebatkan isu tetek benget ini. Apatah lagi Saudara Faisal Tehrani bukannya seorang yang kurang arif beragama. Beliau juga lepasan pengajian Syariah di Universiti Malaya.

Saya meneliti hujahannya, juga memasuki ruangan komen yang mencatat 53 pesanan sokongan dan bangkangan yang pelbagai. Terjahan minda saya menyimpulkan : isunya
Tertera pada analisisnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya".

Fahamlah saya ianya merupakan pertembungan idea dan pemahaman. Perbezaan mazhab dan pegangan, namun adakah ianya wajar untuk merobek hormat dan persaudaraan.

Anggaplah ini hanya perbincangan kritis ilmu yang setiap pihak berhak berbeda pandangan.

Hujahan Akal

Saya amat terkejut dengan kenyataan ini jika ia benar. Saya akan memberikan sebab lojik mengapa bulan Maulud amat besar berbanding bulan Ramadhan.

i. Sila baca ayat 107 surah al-Anbiya: Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam.Oleh kerana itu (rahmat) baginda adalah bukan untuk orang tertentu sahaja, bukan untuk sahabat sahaja tetapi untuk setiap manusia dan makhluk (apa sahaja). Bahkan untuk seluruh alam semesta, gunung ganang, dan sekian petala bumi dan langit. Melangkaui zaman dan batas sempadan. Untuk manusia dengan apa jua warna kulit dan agama. Ia merentasi setiap entiti yang tidak terfikirkan dek akal.

ii. Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan adalah malam turunnya malaikat, dan pemberian pengampunan yang besar tetapi tuan-tuan, kelahiran Rasulullah saw, kekasih Allah adalah jauh lebih besar daripada peristiwa tersebut. Kehadiran Nabi Muhammad jauh lebih penting daripada kejadian turunnya para malaikat. Bulan maulid adalah bulan anugerah Allah yang mempersembahkan Rasulullah untuk seluruh alam. Syafaat baginda mengatasi keampunan seribu lebih bulan. Ia valid dan relevan melebihi batas waktu.

iii. Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran, pewahyuan al-Quran amat bermakna buat umat Islam tetapi maulid adalah bermakna untuk seluruh alam semesta.
Memang beramal ibadat di bulan Ramadhan berlipat ganda pahalanya, tetapi mencintai Rasulullah saw (walau sekecil-kecil cara) terpandang di sisi Allah kerana baginda adalah kekasih-Nya. Kalau ada orang menyangka boleh meraih cinta Allah tanpa cinta Rasul maka ini pandangan batil
.

Memilih rasional dan lojik sebagai hujah perbincangan adalah amat baik, namun ianya tidak relevan bila bertentangan dengan dalil. Mendahulukan lojik akal juga disangkal oleh kata – kata saidina ali yang mengucapkan : kalaulah agama ini hanya berasaskan logic akal, nescaya tapak khuf lebih sesuai dibasuh berbanding atsnya.

Kerana itu, saya merasakan Ramadhan adalah bulan terbaik umat islam, ianya disebut berulang didalam quran berbanding yang lain. Nabi pula lebih menyukai rejab dan syaaban sebagai bulan ibadat, terdapat dalam rangkaian hadis menyatakan kemulian keduanya berbanding rabiul awal.

Sejarah memperingatkan kita, tatkala Saidina Umar melakukan syura menentukan tarikh dan tahun awal calendar islam, Umar lebih memilih cadangan Hijrah sebagai symbol kebangkitan dan kekuatan ummah berbanding cadangan tarikh mauled rasul.

Kalaupun UMNO benar tidak mengamalkan Islam yang dipandu oleh Nabi Muhammad saw, tetapi paling rendah dan paling tidak, perarakan berserta selawat yang ada; setidak-tidaknya menunjukkan satu ekspresi kecintaan buat baginda Rasul, kekasih Allah. Jika eskpresi yang paling kecil dan rendah (tetek bengek dan remeh temeh) ini pun diperkecilkan dan dinafikan maka di manakah letaknya keimanan kita kepada Rasulullah saw? Biarlah orang yang ingin berarak menunjukkan kasihnya kepada Nabi Muhammad saw berarak dan berselawat. Siapa tahu selawat dan peluh ketiak ketika berarak itulah yang akan menjadi saksi di hadapan Nabi Muhammad, berbanding kononnya kerja harakah Islam puluhan tahun yang kini bersulam riak perasan dan takbur angkuh di hujungnya. Lebih buruk, kerja hempas pulas harakah Islam itu sudah dibayangi oleh muslihat politik yang kotor dan menjijikkan. Digelumangi oleh tingkah laku politikus yang memualkan.

Di akhirat nanti kita akan bangkit dengan kekasih kita. Jika kita cinta Rasulullah saw, maka kita Insya-Allah bangkit bersama baginda. Belum tentu tukang sapu sampah yang bermodal selawat terbuang di sisi baginda berbanding seorang khalifah atau menteri besar yang mendabik dada menjalankan Islam.

Saya amat bersetuju untuk kita berpakat menzahirkan kecintaan kepada rasul dengan apa cara sekalipun. Apatah lagi dengan pujian selawat dan ingatan rasul ianya cukup amat bermakna.

Bagi saya mengadakan perarakan dalam sambutan Maulid bukannya satu perkara yang salah. Namun saya lebih suka perarakan ini dianjurkan pada awal tarikh HIJRAH, ianya lebih bersesuaian. Hijrah memerlukan ekspresi pergerakan fizikal dan kekuatan keringat untuk menghayati siratan maksudnya.

Tapi dengan hanya mengharapkan pahala berdiri dan berkeringat untuk mendapatkan syurga tuhan amat tidak memadai. Berapa ramai dalam perarakan tersebut yang lebih gemar bersembang kosong dari berselawat dan melayang ingatan hanya untuk perkara keduniaan lebih dari mengingati jasa rasul. Betapa ramai juga yang lebih gemar menyalakan asap rokok dari membahangkan rasa cinta pada rasul.

Perjuangan Mendapat Syafaat

Dihari kebangkitan nanti, telah dijelaskan panjang lebar dalam sisi penceritaan masa depan oleh baginda rasul : terdapat 3 lelaki tokoh yang dihadapkan dihadapan Allah dengan ajsa mereka, dermawan, ahli quran dan panglima jihad. Ketiganya berkorban jasa begitu besar untuk agama bukan sekadar berdiri dan berarak. Namun ketiganya tidak berjaya memasuki syurga Allah hanya kerana nawaitu ingin menunujuk dan berbangga dengan amalan sedikit mereka.

Setiap kita menginginkan syafaat, marilah kita menghidupkan rasa cinta pada rasul dengan berselawat, membaca sirah, menyantuni sunnah dan mengamalkan al quran.
Rasul bukan hanya mengajar kita berselawat, beliau juga bukan hanya mengajarkan kita solat, tapi nabi mengingin kita mencontohi dakwah baginda, kesabarannya, hidupnya bahkan matinya untuk islam dalam amalan kita.

Itulah cinta rasul yang sebenarnya.

1 comment:

  1. Assalam, bicara tentang cinta pada Rasul adalah suatu dimensi perbincangan, tetapi jarang dibicarakan tentang apa yang dicintai oleh RasuluLlah s.a.w. Lupakah kita pada ucapan Nabi ketika nazaknya....?

    ReplyDelete