Monday, February 22, 2010

Terima Kasih

Syukur dan terima kasih adalah dua elemen yang amat berkaitan.

Ianya boleh diekspresikan dengan pelbagai wacana dan tindakan.

malahan ia hadir dicelah kuntuman hati yang tak kelihatan.

Dan kekadang terucap dibalik lidah yang mulus berbicara.

Dan ini surat karangan pelajar sekolah, menzahirkan rasa sayang dan terima kasih, pada mereka yang disayangi, walau dalam simpulan kata yang tidak tersusun indah.

Telus, jujur dan bersih. itulah tanggapan saya pada penulisan ini.

Alangkah indahnya dunia kalau manusia memahami dan jujur mengaplikasi bahasa anak kecil tidak berdosa ini.Rasa sayangnya menyelubungi setiap aspek tindakannya.




Oleh itu hiduplah dengan penuh kasih sayang, dan hargailah setiap yang menyayangi kita.

No comments:

Post a Comment