Monday, February 15, 2010

Hiburan Islami

Alhamdulillah, kepulangan saya ketanah tumpah asal saya membawakan pengertian hidup yang cukup bererti.

Mencari keredhaan Ibubapa dan dalam masa yang sama mencari setiap ibrah berguna untuk kehidupan ini.

Tika ini, kelantan dimeriahkan deengan kempen hiburan islami yang dianjurkan kerajaan negeri.

Dan saya tidak pernah menjangkakan akan bertemu, mendengar tazkirah, berjabat tangan dan bertukar pandangan bersama novelis terkenal Habibur Rahman AsSyirazy penulis novel berhantu remaja : Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Pertemuan berlangsung di masjid Kampung saya , Masjid al Husna Baung Bayam.

KOTA BHARU: Kerajaan pimpinan Pas di Kelantan tidak pernah menyekat pertunjukan hiburan, cuma mengawal dari segi peraturannya supaya tidak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Islam, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Malah, Nabi Muhammad (S.A.W) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (Pas) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem 'Ketika Cinta Bertasbih', Ust Habibur Rahman as Shirazy di sini, hari ini.

Oleh itu, kata Nik Abdul Aziz, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya menikmati hiburan mengikut peraturan.

Ditanya syarat pertunjukan hiburan di negeri ini yang agak ketat menyebabkan artis dan penganjur tidak berminat mengadakan pertunjukan di Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, ia terletak kepada mereka.

"Jika artis wanita yang datang ke sini boleh pakai tudung kepala dengan baik, tidak ada sebab mereka tidak boleh mengadakan pertunjukan hiburan di negeri ini jika mereka boleh ikut peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen hiburan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa agama negeri ini," katanya.

Sementara itu, Wardina berkata, beliau amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, yang menghargai kehadirannya ke negeri ini sebagai ikon kepada persembahan hiburan Islam.

"Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik Abdul Aziz," katanya.


Berita dipetik dari Harian Metro.

No comments:

Post a Comment