Wednesday, February 24, 2010

Doa Kehilangan

Beliau kehilangan sesuatu, bukan dekat jarak waktu dan geografinya.

Merentas benua dalam kapsul masa 9 jam menceritakan betapa jauhnya jarak perjalanannya.

Tertinggal dompet dengan himpunan not berharga dan dokumen diri. Ditempat yang langsung tidak dikenali taulan dan sahabat. Jauh juga untuk berpatah balik mencari pangkal yang hilang.

Tempatnya dibumi anbiya’, Jordan dan kini dia sudah seminggu di Malaysia.

Semuanya menjadikannya keresahan seketika. Tapi dalam dakapan pasrah dan harapan, beliau yakin dengan janji tuhan.

Doa dipanjatkan. Harapan dimunajatkan. Niat dilampirkan, Caranya biar Allah yang menentukan.

Sebulan berlalu tanpa sesiapa yang dapat membantu, jejak hilang ditelan kabus zaman.

Akhirnya dia mendapat telefon dari kenalan pensyarah umsnya, memaklumkan dompetnya dijumpai, sedang dalam perjalanan ke pahang, kampungnya, dihantar oleh seorang warga Malaysia yang langsung tidak dikenali, pesanan melalui seorang tuan kedai yang menjumpainya.

Tiada nombor untuk dihubungi tiada pengenalan lain untuk dicari, yang ada hanya secebis nota kecil alamat email seorang ustaz pensyarah pengajian islam di UMS.

Melaluinya mereka berhubung, dan akhirnya ketangan asal pemiliknya ia dikembalikan.

Tanpa salam, tanpa habuan , tanpa syukran.



Kisah benar ini saya kutip dalam perbincangan saya bersama pengalaman tuannya.

Pantas tuannya berkongsi rahsia DOA.

Walau dalam versi berbeza, ianya mengharap pada tuhan yang sama.

Cubalah, Allah maha mendengar.

Disalintampal dari blog Abu Awatif, Ustaz Norazamuddin Umar.

Sekiranya saudara kehilangan sesuatu yang penting saudara boleh melakukan amalan ini. Saudara dinasihatkan supaya mengulangi amalan ini sehingga saudara bertemu dengan perkara yang dicari dengan izin Allah. Sesungguhnya Allah akan memperkenankan permintaan hamba-Nya selagi mana dia tidak berputus asa…Berkemungkinan saudara perlu mengamalkan doa sehingga sebulan atau lebih…

Doa pertama

•اللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيه رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتِي •

Ya Allah Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari tidak ada keraguan tentangnya(Qiamat) kembalikan kepadaku barang kehilanganku

Doa kedua

•اللَّهُمَّ رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتِي كَمَا رَدَدْتَ سَيِّدِنَا يُوسُفَ لأَبِيْه

•Ya Allah kembalikan kepadaku barang kehilanganku sebagaimana engkau kembalikan Saidina Yusuf kepada bapanya’

Sebelum membaca doa kedua ini saya diajar oleh guru saya Dr.Muadh Hawwa untuk membaca surah al-Duha.

No comments:

Post a Comment