Wednesday, February 24, 2010

Kehilangan

Tahun 2007 berlalu dalam kenangan, nostalgia lama beradu tenang dalam kolam ingatan.

Tiba-tiba muncul dua pelajar menyelak pintu bilik guru, kami nak njumpa ustaz sekejap boleh, Tanya seorang pelajar sopan. Sambil yang seorang lagi masih dipaku sembilu, matanya berkaca, hatinya gelisah.

Ya, saya ! Ada apa, kenapa ni Farah”Tanya saya pantas mengenali gadis yang dipagut tangis. Ustaz boleh tolong saya tak, saya dah tak tahu nak buat apa. Dah merata tempat saya cari.

Saya kehilangan kasut. Baru saya beli dan pakai ke sekolah hari ini, bila saya turun dari surau lepas solat tadi , saya dapati kasut saya hilang ustaz. Sedih. Kasut tu baru dibeli tapi dah hilang.

Ustaz ada tak doa untuk mencari barang yang hilang !!! Tolonglah saya Ustaz.

Rasa kehilangan jelas tampak diwajahnya, emosi mengharap terpamer kemas diwajahnya, kesungguhan dan kehampaan silih bergantung ditangkai hatinya.



Ustaz boleh berkongsi satu DOA MENCARI BARANG YANG HILANG ini, ianya sudah lama berjasa dengan ustaz dan tidak menghampakan. Tapi ingat hanya Allah yang kita harapkan dan kita mesti berdoa kepadanya, kalau kita berjumpa semula dengan barangan yang hilang , itu tandanya allah sayangkan kita.

Jika lepas berdoa dengan bersungguh2 dan masih juga allah tidak izinkan berjumpa, itu tandanya allah lebih cinta dan tahu hikmahnya, allah simpankan pahala kesedihan dan pergantungan kita disisinya.

Hafal doa ini baik2, dan ingat maknanya.Doa lah dengan penuh pengharapan. Moga allah kabulkan.

Doa Kehilangan


اَللَّهُمَّ يَا هَادِيَ الضَّلَالِ ! اِهْدِي ضَالَتِيْ بِعِزَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ فَاِنَّهُ لا يَهْدِي الضَّلالَ اِلَّا

أَنْتَ .

Maksudnya : Wahai Allah Yang Maha Memberi Petunjuk, Tunjukkanlah baranganku yang hilang dengan berkat keagunganmu dan kekuatan mu ya allah, sesungguhnya tiada yang akan dapat menunjukkannya kecuali engkau Ya, Allah.

Seusai ilmu doa ini bertukar tangan, saya kehilangannya seketika. Lega hati saya dapat berkongsi dan membantu.

Tengaharinya, Farah datang lagi. Kali ini dengan wajah geram dan mencuka.

Alhamdulillah Ustaz, akhirnya saya dah berjumpa semula dengan kasut saya ustaz. Ada orang sembunyikannya dalam tandas tempat flush air. Tapi sedihnya ustaz, kasut saya dah rosak, ada orang guntingkannya. Jelasnya kegeramannya. Hibanya hilang entah kemana.

Sabarlah. Allah telah tunjukkan tempatnya, dan allah nak latih Farah supaya lebih banyak bersabar.

Geram saya ustaz, kenapalah ada orang sanggup berhati busuk macam ni pada saya. Ustaz ada tak doa nak tahu siapakah yang buat semua ini. Siapa punya angkara sebenarnya ustaz, Tanyanya menduga DOA yang lebih power.

Hish, mana ada doa macam tu ? Semuanya hanya Allah sahaja yang tahu. Bersabarlah.



Petang April 2009, saya didatangi telefon yang tak pernah saya tahu nombornya. Mungkin ralat dan tersalah dial.

Ustaz Hafiz ke ni ? tanyanya pemanggilnya yakin.

Ya, Saya! Ada apa yang Ustaz boleh tolong? Siapa ni ?

Ustaz, saya Farah, sekarang dekat KL study, Ustaz, saya nak minta tolong ni ? Dulu ustaz ada ajarkan saya doa cari barang yang hilangkan. Saya terlupalah ustaz, saya kehilangan kasut saya, dalam asrama kami, tak tahu siapa yang ambil atau mungkin saya tersalah letak. Ustaz tolong bagi DOA tu semula ya!

Apa ni Farah, macam kes dulu jugak, dulukan ustaz rasa farah hilang kasut juga kan.

Ya lah ustaz, Farah tak tahu kenapa perkara lama berulang kembali, kenapa tuhan uji farah macam ni.

Oklah, baca doa ini, yakin dan bersungguh mengharap.

Terima kasih ustaz.

Dan esoknya saya menerima mesej lesu darinya, terima kasih ustaz, farah dah jumpa kasut tu, tapi sama macam dulu, ianya hancur, tak payah cerita lah ustaz, apapun farah ucap terima kasih, moga ustaz selamat sentiasa.

Hati saya berbunga, ujian allah datang dengan pelbagai cara. Menduga manusia untuk mensyukuri dan mentaatinya. Berbahagialah bagi mereka yang sabar dan berjaya.

Petang kelmarin, sesudah mengajar tuisyen bahasa arab di SMKAM, saya dihujani deringan lagi, lama dan mengharap.

Ustaz, ini Leza, dulu ustaz ada berikan doa pada seorang pelajar SMP yang hilang barang kan. Ustaz boleh beri saya doa tu. Saya pun kehilangan sesuatu barang yang paling berharga, tolong saya ustaz !!

Harapan menggunung dari mereka yang kehilangan.

Tapi sedikit benar mereka yang mensyukurinya sebelum kehilangan.

Ambil DOA ini dan bersungguhlah dalam memninta. Harap hanya pada Allah.

Moga Allah membantu.

4 comments:

  1. salam.
    dengan izin ya ustaz, saya copy doa ne.
    moga ianya bakal membantu kelak, insyaAllah.
    syukran!

    ReplyDelete
  2. salam ustaz...tunang saya hilang...dh 3 ari xbalik..boleh tolong ke ustaz

    ReplyDelete
  3. Kalau tunang yang hilang... biarkanlah, rajuknya takkan berpanjangan. ianya ujian menapis utuhnya hubungan.
    kalau tunang tak balik, biarkanlah, nama pun tunang, takkan nak duduk serumah.
    kalau masih tak balik... biarkanlah, cari lain, bukannya jadi isteri lagi..
    3 hari je tak balik.... biarkanlah, nanti mak bapak dia buat report polis. anda masih belum ada ikatan yang sah, pertunangan belum menghalalkan apa2..
    apa yang ustaz boleh tolong...? hemmm, biarkanlah, tu nang bermaksud kena tunggu dan kena nanti2.
    sabar je lah yeeee

    ReplyDelete
  4. Slm ustaz..nk mtk tlong ...brg kmas sy slalu je hilang..sblum ni pncri masuk rmh..bru2 ni hilang lg..xpasti jatuh atau dh dimbil org..

    ReplyDelete