Friday, February 26, 2010

Merawat Rindu Bahasa Al Quran

Kehadiran ke Pulau Mutiara tidak menjanjikan segala impian dan kehendak saya tercapai.

Mengajar BA adalah opsyen dan keutamaan saya, namun berkongsi pengalaman dan pelajaran di sekolah baru ini tidak memungkinkan saya mengajar subjek idaman saya ini.

Teringat seimbas tatkala memberi ucapan perpisahan bersama al Fadhil ustaz Jusoh, saya lahirkan kekesalan mungkin tidak algi berkesempatan mengajar BA di sekolah baru nanti yang bilangan pelajar muslimnya amat minority.

Beliau secara spontan dan sengaja menjawab : Allah memilih siapa yang dia kehendaki. Anta mungkin orang tepat untuk berdakwah di sana. Mengajarlah, moga ramai yang mendapat hidayah.

Saya memegang amanahnya. Terus melakar dakwah sekadar termampu, berazam memberi sumbangan terbaik walau bukan dibidang bahasa arab kegemaran saya.

Takdir allah menentukan segalanya.


Bersama DR. Abd Qader As Saa'di - Mursyid dan Murabbi Lughah dan Agama


Saya ditawarkan mengajar Bahasa Arab, memberi tuisyen tambahan untuk anak pelajar disebuah sekolah bestari.

Takdirnya guru BA PMR mereka bersalin dan ketinggalan sentuhan ilmu manakala guru BA tambahan mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya. Mungkin 6 minggu dalam perhatian , CUTI.

Maka bermulalah tugasan baru saya, walau mungkin untuk seketika, namun ianya cukup untuk merawat rindu bermain bahasa al quran ini. Mengajarnya dan mengambil manfaat dari keindahan bahasanya.

Setiap isnin dan selasa jam 430 petang, kelas akan bermula di asrama lelaki. Bilangan pelajar berjumlah hamper 15 orang dan semakin bertambah. Namun fokusnya agak terganggu kerana melibatkan tahap pengetahuan dan kelas bercampur, dari tingkatan 1 hinggalah 3.

Saya mencuba sedaya termampu, berfikir sekreatif mungkin menggabung cara dan jalan mengajar.

Prinsip saya, permudahkan apa yang susah dan seronokkan apa yang kelihatan menjemukan. Memotivasikan bukan mendoktrinkan.

Moga lahir nanti kultus suci mereka yang memahami al quran dan mengamalkannya.

Jiilul Quran, Generasi Rabbani.

3 comments:

  1. alhamdulillah.Apajua subjek yang diajar kita berpeluang untuk berdakwah.Mad'u sudah ada didepan mata.Hatta kalau berpeluang mengajar PJK kita boleh didik anak-anak murid untuk menutup aurat dan bersukan biarlah mendapat pahala.Camne tu ustaz?setuju tak?Syukran ya akhi.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, tak mengajar Bahasa Arab di sekolah baru? Ubotnya ialah buatlah kelas Bahasa Arab di sana, yang non muslim pun boleh belajar bah!!!

    ReplyDelete
  3. Insya allah, dan terima kasih atas nasihat.

    memang ada permintaan dari pelajar yang bersemangat untuk mempelajari bahasa arab ini, reportnya ustaz dulu pernah juga membuat kelas pendedahan arab kepada mereka yang berminat.

    cuma saya melihat suasananya belum menjengah ke tahap itu.

    Kelas quran rasanya lebih diperlukan disini.

    dan target saya sekarang ini ialah memperdekatkan mereka kepada tulisan jawi dan mempelajari tajwid yang dipermudahkan.

    ReplyDelete