Friday, February 26, 2010

Rindu Bahasa Arab

Assalamualaikum, Tahniah kepada tuan Jurulatih Utama
Bahasa Arab Negeri Sabah. Pencapaian B.Arab 2009
meningkat sebanyak 8 peratus dan
terima kasih atas bantuan tuan.

Awal Januari lalu, saya menerima mesej ini. Mesej dari Pegawai Bahasa Arab di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Ustaz Junoh Ismail.

Orangnya agak berusia, dan sedang membilang tahun untuk bersara. Walaupun berperwatakan seperti ayah kepada saya beliau mudah mesra dan komited dalam tugasnya.

Beliaulah yang telah menyenaraikan nama saya dalam organisasi JU BA untuk meningkatkan kualiti dan standard bahasa arab di negeri sabah yang kian merudum saban tahun.


Ketika Persiapan Menuju Ke Jordan - Kursus B.Arab di Pahang

Tanggungjawab besar yang disandang kebahu amanahnya amat besar apabila pencapaian BA ini sering dipersolkan prestasinya. Kehambarannya menjadikannya target amarah dan perhatian dari Pengarah Pelajaran Negeri saban waktu.

Ianya juga menjadi duri dalam daging kepada standard pencapaian PMR Sabah yang sentiasa diiktiraf UNCIT pada pandangan mata pendidikan umum.

Disekolah, ianya juga menjadi kambing hitam dan sasaran mudah untuk memperjelaskan kejatuhan prestasi sekolah umumnya. Mangsa mudahnya ialah guru-guru B.A disemua peringkat.

Walau agak prejudis, itulah reality jiwa yang dihadapi guru BA tanpa perlu didedahkan.

Kesabarannya merancang, mengumpul pengalaman , memugar idea dan tenaga, saya rasa beliaulah yang lebih berhak mendapat ucapan tahniah. Kami hanya membantu sekadar terdaya.

Kekangan kewangan membantutkan usahanya. Namun kesungguhannya mecari dana dalam setiap lubang bajet yang ada memastikan sinar program dapat juga dirasai. Kami para JUBA dihantar untuk berkongsi idea mempromosi teknik SIFAR E BA dan Mukhayyam Lughawi dapat dilaksanakan.


Dalam permusafiran ilmu, menuntut Mutiara Bahasa Al Quran

Bersama 3 rakan sejawatan yang lain, kami bergilir memberi sumbangan. Mereka adalah:

Ketua JUBA – Ustaz Norazamuddin Umar – Maktab Sabah.
Ustaz Naim Majin – SMKA Inanam
Ustaz Itqam Dollah – SMK Benoni.

Saya sendiri sempat berkongsi sumbangan kebeberapa sekolah berhampiran antaranya ialah SMKA Inanam , SMKA Tun Mustapha , SMUA Toh Puan, SMUA Islamiah Papar, SMK Tamparuli, SMP sendiri, SMK Benoni dan lain lain. Moga keputusan semuanya membanggakan.

Mesej keduanya sampai lagi :

Pencapaian BA PMR 2009 ialah 68.60 %.
Peningkatan sebanyak 9.35 %
berbanding tahun 2008. Tahniah !

Alhamdulillah, moga Allah terus mempermudahkan bahasa al quran ini meniti disetiap bibir dan hati para hambaNya

2 comments:

  1. Mubarak alaik.Teruskan perjuangan memartabatkan bahasa al-Quran dimana jua berada selagi masih bernyawa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, teringat rindu pada DR. Saadi.

    terkenang sikap dan perwatakan beliau.

    kaana khuluquhul quran

    Kalau sekadar belajar bahasa quran akan lahirlah ramai guru bahasa, tapi qurannya entah kemana.

    tapi kalau belajar bahasa untuk memperdalami quran. insya allah mudah2an akan lahirlah insan quran yang berjalan atas muka bumi ini.

    ReplyDelete