Monday, February 15, 2010

Surat Cinta Remaja

Kebangkitan generasi rabbani bermula dengan didikan dan agama yang dipasak kukuh dalam hati remaja ini. Merekalah asset utama ummah.

Kepimpinan masa depan adalah acuan remaja hari ini. Mereka harus disediakan untuk bertempur dengan cabaran zaman dewasa nanti. Inilah wawasan zaman.

Ummah yang lahir dari kekuatan rohani dan minda mampu menjulang generasi salahudin kedua. Generasi yang paling ditunggu saat ini untuk menerajui kebangkitan membebaskan semula bumi palestin.

Mungkin kerana itulah Nabi Pernah Berpesan : Ajarlah anakmu untuk bersolat diusia 7 tahun dan pukullah ia ketika berumur 10 tahun. Pisahkanlah antara anak lelaki dan perempuanmu ditempat tidur mereka.

“Ajarlah anakmu untuk berenang, memanah dan juga menunggang kuda”.

Satu pandangan untuk menjana minda kebangkitan ummah masa depan.

Fitrah manusia untuk saling menyayangi juga disayangi dan lumrah manusia untuk merasa tertarik pada gender yang berlainan.

Suka , tertarik, teruja , sayang , adalah asam garam kehidupan.

Tapi kenapa manusia kini terlampau rapuh dengan cinta mereka, hilang jatidiri hanya kerana cinta, tidak berwawasan tanpa cinta dan bias membinasakan diri hanya kerana cinta.

Adakah ini kerana didikan zaman buat kita.

Dewasa kini kanak – kanak hingusan sudah pandai bermain ayat-ayat cinta. Bijak menyulam rasa suka dan kasih. Pandai mengulit rindu yang bertamu.
Merekalah laskar cinta yang pandai berjanji dan membina angan pelamin.

Usia rebungan ini menjadikan mereka korban cinta yang tersasar dari wawasan, tiada lagi jatidiri dan hilang sudah keutamaan ilmu dan iman buat mereka.

Lahirlah kini generasi yang sudah dikira bangkai bernyawa yang tidak mampu memberikan manfaat. Yang layak bagi mereka ialah takbir jenazah 4 kali kerana hidup mereka sudah tidak bererti lagi.

Haruskah bercinta diusia remaja, apatah lagi di zaman kanak-kanak.

Layakkah cinta monyet ini menuntut korbannya.

Tatapilah surat cinta monyet ini yang disalin tampal dari blog sahabat saya matbulan.blogspot . Percayakah, penulisnya baru berusia 12 tahun dan masih bermain pondok-pondok.








2 comments:

  1. wah menakutkan budak2 skrg ni ustz..nasib saya tak ada adik perempuan,kalau tak mmg sentiasa risau..kalau adik lelaki pun perlu dirisaukan jg..

    adeyy..

    ReplyDelete
  2. sememangnya begitu, susahnya menjaga anak2 sebagai amanah allah kala ini.apatah lagi anak perempuan, kerana itu nabi janjikan syurga mudah buat ibubapa yang berjaya jaga anak perempuan dengan baik walaupun seorang.

    tapi jangan juga kita merasakan hanya kita yang terbaik dan masyarakat kotor. itu tandanya kita turut berkongsi dosa, dan kita pun sama juga.

    melihat masalah masyarakat ialah dengan keinsafan dan semangat ingin memperbaiki kearah yang terbaik dengan usaha dan kemampuan kita.

    moga allah membantu.

    soalan : berapa tahun lagi afifah disana ?

    ReplyDelete