Tuesday, January 5, 2010

Azam Menulis di Tahun Baru

Rutin harian masih lagi belum stabil, berkejaran dan cuba mengadaptasi situasi dan pilihan terbaik untuk menguruskan kehidupan adalah priority saya ketika ini.
Mencari ruang waktu senggang dalam kehidupan yang sentiasa berlari ini adalah sesuatu yang amat dicemburui. Apatah lagi medium masa untuk menulis dan berkongsi pandangan di alam maya ini.

Tujuan Menulis

Sejak menceburi alam penulisan maya ini menjadikan hati saya sentiasa ingin berbicara dan berkongsi rasa. Mungkin ianya berfaedah dan barangkali sebaliknya.

Namun kalau hidup ini terhenti dalam tempoh yang sesingkat cuma, mungkin penulisan ini masih ammpu kekal lebih lama dalam alam syahadahnya, selain ilmu terus yang terlontar keluar melalui lisan ini, tulisan lebih kekal.

Kalau ulama’terdahulu mampu menerbitkan pelbagai judul dan jilid kitab, biarlah saya mula belajar menulis di atas helaian yang tidak berdakwat ini.

Ianya satu cara dakwah yang cukup berseni.

Kekadang ia dipanggil dakwah fardhiah berbentuk peribadi dan individual, ia menyentuh rasa dan hati sebagaimana ia juga mampu mengaktifkan minda dan rohani.

Tertarik saya pada ulasan kemenangan Al Fadhil Ust Zaharuddin ketika mana ia menyatakan tujuan asal pemilikan blog peribadinya :


Segala pujian bagi Allah swt, usaha dakwah fardiah yang dilaksanakan melalui web ini dapat dirasai sumbangannya oleh masyarakat ramai. Lebih bersyukur lagi apabila web ini ( www.zaharuddin.net) dianugerahkan sebagai LAMAN WEB ISLAMIK TERBAIK INDIVIDU, di Majlis Anugerah Media Islam Negara Ketiga 2009 yang berlangsung pada 7 Oktober 2009 yang lalu.

Alhamdulillah..

Lebih mengujakan apabila sehingga hari ini saya masih TIDAK MENGETAHUI siapakah gerangannya yang secara sukarela mengisi borang pencalonan untuk web ini dan menghantarnya kepada pihak urusetia.Apapun jutaan terima kasih kepada individu terbabit.


Satu usaha murni dalam dakwah yang perlu diteruskan oleh pelbagai pihak, bicarakanlah tentang islam, walau dari sudut mana sekalipun.

Mungkin ada yang meminati bahagian hukum dan kajian ilmiah, sejarah islam, ekonomi , tarbiyah dan pendidikan , siasah politik islam mahupun seni membersihkan hati.

Gunakanlah kelebihan memiliki ini, kerana ianya menjadi suratan amalan kita.

Faedah Menulis

Bentukkanlah ia agar menjadi sedekah yang berpanjangan hasilnya.
Dan cubalah untuk konsisten dalam penulisan dan penyampaian, mungkin ada yang mendapat manfaat dan mendoakan.

Disebut oleh Bambang Q. Anees dalam bukunya Tututplah tubuhmu : Menulis adalah satu bentuk doa yang tertua, ianya lambing komunikasi sihat dan baik antara manusia sebagaimana ia menjalinkan tautan hati dan doa yang subur sentiasa dihujung waktu.

Maklumat ini juga boleh irujuk silang kepada Fatima Mernissi dalam bukunya Women’s Rebellion and Islamic Memory apabial beliau mengatakan “Cubalah menulis setiap hari, kulit anda akan menjadi segar, ianya akan meningkatkan aktiviti sel, ia bukan sahaja menghilangkan warna gelap tidak bermaya dibawah mata anda, bahkan ia menguatkan struktur kulit muka dan pada penghujung harinya ia akan menghilangkan kerut muka dan kedutannya, wajah anada akan kembali segar dan lembut.

Patutlah Saudara Bambang ini akhirnya menyatakan secara serius dalam topic ke 19 dengan teorinya MENULIS = PENAWAR MUJARAB UNTUK AWET MUDA.

Percaya atau tidak, terserahlah …. Tapi saya yakin ianya akan menjadi sedekah ilmu yang amat berguna buat kita satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment