Saturday, January 2, 2010

Membina Personaliti



Lengkap kembara pembacaan saya kali ini, setelah hamper setahun saya berkenalan dengan buku ini dan menatap beberapa bab yang agak menarik perhatian saya kala itu, namun masa dan kesempatan tika itu menjadikan perkenalan itu cuma seketika sahaja.

Berada dalam satu perjalanan menuju Kundasang untuk satu program kepemudaan, saya melihat buku ini ditatap erat oleh seorang anak muda kenalan saya yang kini masih menuntut dalam KPLI di IPDA, Jitra Kedah dalam jurusan opsyen Sains.

Mohd Fairuz Bend namanya, merupakan anak jati tamparuli yang mempunyai silsilah keturunan yang ternama dan disegani di daerah berkenaan, seorang yang rajin dan terkedepan dalam dakwah khusunya dalam tarbiyah pemuda dan remaja, justeru beliau pernah terpilih untuk menjawat jawatan pengerusi PSS kerana pengaruh dan personality yang ada.

Dengan perwatakan dan minat membaca yang meluas, tidak hairanlah kepimpinan dan kewibawaan dakwah serta nasihat beliau amat disegani rakan dan madú khususnya remaja.

Seketika kami berehat dalam penat musafir, saya meminjam seketika buku ini dari tangannya, saya membaca secara “tebuk” buku ini, satu istilah untuk pembacaan mencarai isi dan item penting dalam sebuah artikel tanpa perlu kesinambungan halaman dan kronologi tajuk.

Saya terus membelek helaian idea dan isi kandungannya, menyelak hujahan dan bilahan pandangan penulis dengan penuh saksama namun pantas. Perjalanan bersambung.

Baru-baru ini saya sempat menjumpainya di PUSTAKA ASLAM lantas kerinduan perkenalan lama ini pantas menggamit saya memilikinya.

Tertarik juga dengan kandungannya yang agak luarbiasa, maksud saya ianya sengaja diolah keluar dari pembicaraan biasa dakwah, ianya berkisar tentang topic aurat, bertudung dan membina identity islam dan bangga personality yang diredhai Allah.

Penulisan yang santai dan membawa bahasa zaman dan pola pemikiran remaja dan semasa menjadikan ianya hadiah yang sesuai ditatap minda para remaja.

Diadun dengan khayalan fiksyen, perwatakan dongeng, reality remaja, nostalgia sejarah perjuangan, malahan kehidupan masa depan yang merentasi masa di bentuk dan diuli hingga menjadikannya begitu menarik untuk dibaca.

Menggunakan watak LALAT SOCRATES sebagai insan bercerita, gubahan ideanya merembes keluar laju dan bersahaja tapi penuh bermaklumat dan bermatlamat.

Ianya mempunyai pelbagai idea dan kreativiti.

Bayangkan bagaimana kisah Doraemon boleh menjadi bahan dakwah yang unik dan istimewa.

Kisah manusia lipas yang penuh menduga rasa.

Nostalgia perjuangan di Algeria menguja iman dan jihad.

Realiti kehidupan remaja dan sinopsis filem remaja menjadi bahan dakwah dan pengajaran.

Tips kosmetik membina iman dan personality.

Puas saya membacanya dan saya mengangkat satu ibujari bagi usaha kreatif penulisan dakwah seumpama ini. (Tapi rasanya penulis Indonesia lebih ramai yang mendahului kita di bidang ini )

Buku yang saya maksudkan ini ialah :

Tajuk : TUTUPLAH TUBUHMU, Ada Yang Melihat.
Penulis : BAMBANG Q. ANEES
Penerbit : PTS Millenia
Halaman : 181
Harga : Tanyalah Pustaka Aslam.

No comments:

Post a Comment