Friday, January 1, 2010

Mengamati hidayah Di Tahun Baru



Mengamati Hidayah di Tahun Baru

2010 membuka tirainya sebagaimana biasa dengan sambutan kemeriahan dimana-mana.

Menanti dentuman dan letusan bunga api tepat jam 12 malam menjadi ritual ibadah manusia kini , ia seolah pangganti ibadah haji yang baru berlalu , kini ramai yang bertawaf mengelilingi bandaraya , berwukuf dengan menunggu dan berdiri menanti saat tahun baru dan bersorak ceria umpama talbiah keazaman serta pelbagai ibadat sunat sampingan yang sempat berlangsung pada malam itu.

Moga Allah merahmati.

Tahun Baru Di pulau Mutiara

Di Pulau Pinang ini tidak kurang sambutannya, bahkan acara tahun ini di sambut dengan tekad memecahkan rekod baru dalam bidang tarian berirama beramai-ramai. Ianya dilangsungkan meriah di padang esplanade berhampiran padang kota lama. Sasarannya ialah mengumpulkan mereka yang sporting dan sanggup bergerak serentak dalam irama dan rentak yang sama sebanyak yang mungkin dan targetnya ialah 30 ribu orang.

Acara yang diatur penuh teliti dengan sesi latihan tarian diadakan setiap hari kepada semua bakal pengunjung. Setiap petang diadakan latihan tarian yang hanya memakan masa beberapa minit itu untuk tujuan yang cukup gah dan bergaya iaitu memcahkan rekod dunia.

Bagi yang tiada masa untuk latihan berpusat, mereka juga boleh melayari internet serta menurun muat sesi dan teknik tarian untuk dipelajari dan diingati.

Detik 10 malam penghujung tahun akhirnya menjadi saat mereka bergerak tari dengan penuh keceriaan menyambut kedatangan tahun baru 2010 ini.

Adakah ibadat mereka diterima.?? Allah maha pengampun.

Mengagumi Idea dan Kreativiti

Sejenak saya merenung dengan penuh keajaiban dan kekaguman kepada para khalayak dan pengatur acara ini. Kagum dengan sumbangan dana besar yang diperolehi , serta takjub dengan komitmen ramai pihak untuk sama menjayakannya.

Biarlah apapun pandangan agama terhadap kebobrokan dan kesundalan yang berlaku kesan dari penganjuran itu.

Kesanggupan untuk datang, berhimpun dan berhimpit, menunggu dan kadangakala berhaus lapar dalam menyaksikan detik tahun baru tidak terlepas walau seminit percuma.Ini seharusnya menggamit minda kita untuk sama berfikir.

Lihatlah para sahabat, bagaimana kreativiti dan ketelitian ini boleh terhasil dan menggamit ramai pengunjung sedangkan program berunsur agama jauh dari mencapai tahap berjaya.

Sedangkan program ceramah disurau berhampiran dimalam itu untuk tujuan memperingati adab ditahun baru dan menanamkan tekad perubahan kearah citra islam hanya mendapat sambutan yang suam-suam kuku sahaja.

Alangkah indahnya kalau kreativiti sebegini walau dalam apa aspek sekalipun dapat kita gunakan untuk tujuan agama kita. Asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat.

Saya bukan bersama dengan mereka yang menghentam para pendakwah yang berstreotaip lama dan tradisional dengan program yang hanya berstatus membosankan.

Saya juga tidak bersetuju dengan kebebasan berprogram atas nama agama hingga meminggirkan imej Islam itu sendiri.Mengajak manusia atas nama agama tapi menggunakan cara yang langsung bercanggah dengan islam atau langsung tidak menguntungkan islam itu sendiri, seperti mengadakan majlis doa dan bacaan yasin tahun baru tapi selepas itu dihidangkan hiburan dan nyanyian tahun baru yang lebih meriah dan mengasyikkan.

Saya pun adalah salah seorang yang menggunakan platform dakwah yang sama, pernah dan sentiasa melalui mehnah dan situasi program hambar kekurangan tarikan dalam aktiviti. Kehadirannya dingin.

Mencontohi Dakwah para Rasul

Tapi saya juga berhasrat dan ingin menjadi pihak yang mengalu-alukan idea dan kreativiti dalam menggamit hidayah kehati sanubari umat ini biar apa cara sekalipun, biar dalam masa yang susah dan getir sekalipun, biar memakan tempoh masa yang lama sekalipun. Itulah dakwah para rasul, adakah kita lebih baik dari mereka.?

Oleh itu, ditahun baru ini marilah kita bersama bersikap lebih kreatif dalam melaksana program, bersikap lebih toleran dalam berfikir dan bertindak, dan menjadi lebih berdaya saing dalam menyuntik elemen hidayah keperdu hati umat ini.

Cukuplah Allah sebagai saksi dan pembantu.

Berikut adalah antara laporan program yang berlangsung :

Sempena kedatangan Tahun Baru 2010, CreatiVision D.C. Sdn Bhd akan mengadakan sambutantahun baru ‘Penang Golden 2010 (PG2010) Countdown Celebration’ di PadangEsplanade, Pulau Pinang.

Sambutan yang dijangka dihadiari 100,000 penganjung dan 30,000 peserta akan menyertai tarianterbesar di dunia di lokasi itu, diharap mencatat rekod dalam Guinness WorldRecord.

Majlis akan diadakan pada 31 Desember ini, bermula jam 6 petang, yang menyaksikan pelbagaiaktiviti menarik disusun penganjur dengan penaja utama adalah Celcom (M) Bhd.

Pengarah Urusan CreatiVision, Adelyn Lim, berkata bagi acara memecah rekod dunia,pihaknya mensasarkan 30,000 peserta pelbagai usia dan wakil organisasi yangakan dimulakan pada jam 10 malam.

Selain itu,sambutan kali ini juga turut meraikan ulang tahun ke-53 Georgetown sebagaisebuah bandar raya yang jatuh pada 1 Januari.

“Penganjung dari pelbagai latar belakang diharap dapat bersama berkumpul untuk menyertaiacara tarian terbesar di dunia yang menyokong Tabung Kanak-kanak PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).

“Ia juga membolehkan sambutan ini memecahkan Guinness World Record sebelum ini yang diadakan di Cebu, Filipina apabila dihadiri seramai 7,770 peserta.”

Penganjuran sambutan tahun baru yang diadakan pihaknya di negeri ini sudah masuk tahun kelima dengan kerjasama kerajaan negeri, Invest Penang Bhd dan Penang GlobalTourism Sdn Bhd. Bagi menambahkan lagi kehangatan sambutan, orang ramai akandihiburkan dengan bunga api dan persembahan pentas oleh Estranged, Sofaz,Hafiz (AF7), Amy Wang dan The Villanz.

Tujuan penganjuran acara tarian terbesar ini juga adalah kerana rakyat Malaysia ramai yang mengalami obesity akibat pengambilan pelbagai makanan ringan dan kurang bersenam.

No comments:

Post a Comment