Friday, January 8, 2010

Dakwah Merentas Bangsa

Polemik satu kalimah

“Keluarga saya mengejek saya… inilah sikap orang-orang Islam, penggunaan kalimah Allah pun mahu dipolitikkan” ucap seorang pelajar saya mengulas kejadian yang berlaku secara langsung didepan kaca telivesyen tatkala bulletin perdana mengulas isu berkenaan.

“Bukan orang Islam sahaja yang ada hak eksklusif tentang kalimah Allah ini, orang kristian dan yahudi juga ada menggunakannya, saya ada saudara beragama yahudi ini dan mereka menggunakannya Ustaz,” jelasnya lagi. Memang saya kali ini sentiasa diasak dengan soalan sebegini.

Sikap saya untuk berdiam diri dan tidak terbabit dalam konflik isu ini mungkin akan sampai ke penghujung.

Saya yakin ini adalah permainan licik kerajaan untuk menutup pekung kehilangan enjin jet pejuang, lalu di cipta isu baru untuk mengelakkan tumpuan berterusan awam yang hanya akan membawa kejelikan dan keburukan imej kepimpinan Negara. Ulas Pak Din pembantu makmal sekolah saya yang terasa begitu sangsi dengan permainan isu lapuk ini. “Kenapa sekarang ia perlu dihebohkan, kalau tidak kerana ada agenda politik ?? Isu ini hanya akan menjolok sarang tebuan ”

Betul tu Pak Din, Maaf ya Ustaz… apa salahnya saya nak sebut dan berdoa : tuhan allah bantulah saya dan keluarga saya, berikan kami perlindungan dan kesihatan. Sambut Mr. Velloo yang beragama HINDU dan juga penjual buku di koperasi sekolah saya.

Saya hanya tersenyum tanpa membalas, mungkin kerana terfikir ada maklumat dan hujjah
agama yang belum saya perhalusinya.

Haus Ilmu dn Bimbingan

Waktu rehat, bilik agama saya tiba-tiba dipenuhi pelajar.

Gamat mereka datang memeriahkan bilik agama yang selalunya lengang tanpa penghuni kecuali jika ada kelas sahaja.

Hadir untuk bertemu dan bersua muka, juga ada yang membawa soalan yang sekian lama bersarang diminda. Bertalu –talu tembakan soalan ditujukan pada saya meminta jawapan segera.

Ternyata mereka ini dahagakan informasi agama dan amat memerlukannya.

Apatah lagi budaya dan konsep 1 Malaysia memang mendominasi sekolah ini yang menampilkan kepelbagaian budaya dan adat. Variasi bahasa dan gaya percakapan amat terserlah disini.

Moga hati mereka terus terbuka mendatangi bilik agama ini sebagai manifestasi suka dan cinta mereka pada agama. Sukarnya sekarang mencari anak muda yang suka mengunjungi rumah Allah. Apatah lagi di daerah yang tersergam salib dan patung para mubaligh kristian ini disana sini.

Agenda Mempopularkan Allah atau Mengagungkan Allah

“ Ekskulisif sangatkah kalimah Allah ini? Kenapa ianya sampai menimbulkan ketegangan awam. Bukankah semua agama itu sama , agama yang mengajarkan kebaikan…. Bukankah ianya juga berasal dari sumber yang sama. Oleh itu, kenapa nama Allah hanya khas buat orang Islam sahaja” getus pelajar saya membuka topic perbincangan tak rasmi dalam senggang waktu rehat 30 minit itu.

Mereka antara yang lebih suka bertamu dibilik agama dari memenuhkan ruang kolon mereka di kantin sekolah pada masa yang sama tika itu.

“ Kalimah Allah bukan ekskulisif, ianya kalimah popular dan mesra disebut oleh setiap orang tanpa mengira pangkat, jantina mahupun warna kulit. Tak kira status ekonomi mahupun gender, semua akan mengadu dan berharap pada Allah yang maha berkuasa.

Kalimah yang cukup agung ini menggambarkan pemiliknya yang maha hebat dan bijak.

Ianya tunggal dan merujuk kepada tuhan yang esa.

Sememangnya ustaz mengakui melalui pelbagai frasa ayat al Quran menyebutkan tentang perkongsian nama yang sama antara penganut agama samawi, mereka mempercayai dan mengikitiraf ALLAH sebagai pencipta dan pengatur perjalanan alam ini. Benarlah kalau disebut agama lain juga menggunakan nama Allah, ustaz akuinya.

Tapi penggunaan nama Allah bagi agama lain tidak mencakupi fungsi dan reality ketuhanan dalam Islam, mereka menidakkan tauhid. Bagaimana mungkin satu hari nanti mereka akan mengisytiharkan bahawa Allah itu mempunyai anak dan pasangannya dalam kepercayaan trinity, ini akan menodai kesucian akidah ketuhanan orang islam.

Sedih kita bila Allah dipermainkan, dimomok dengan pelbagai andaian palsu.

Penggunaan Berhemat

“ Tapi ustaz, dah lama penggunaan nama Allah ini diigunakan, Indonesia dan kepulauan borneo termasuk sabah dan Sarawak biasa berkongsi kalimah ini tanpa prejudis.

Malahan dinegara barat juga mereka menggunakannya. Saudara saya beragama yahudi sering menyebut nama Allah, langsung tak ada perbezaannya. Saya pernah ke Tokyo dan Beijing, mereka yang beragama Islam menyambut setiap tetamu dengan sopan dan tidak pernah menimbulkan konflik” ujarnya yang juga antara wakil Wushu Negara yang pernah memenangi hampir 20 pingat emas di kejohanan besar dunia.

“ Tidak Lee ! Asal kalimah Allah dari bahasa Arab dan ianya memang nama unik dan khas untuk Tuhan yang disembah dikalangan umat Islam.

Agama lain tidak menggunakan nama Allah, mereka secara tradisi dan kepercayaan sentiasa menggunakan nama gOD atau GOD atau LORD. Hingga hari ini kalimah itu masih digunakan di vatican city dan Negara barat, adakah bila beralih ke timur nama tuhan mereka juga perlu di ubah. Dimanakah keseragaman agama dan identity ketuhanan yang sepatutnya mulia dan istimewa kalau begitu.

Atau niat penggunaan itu hanyalah untuk tujuan meluaskan dakyah kristian kepada orang Islam dan seterusnya mendatangkan kekeliruan yang tidak berpenghujung.

Saksi Sejarah

Dan kalau kita merujuk kepada kamus2 bahasa yang berwibawa seperti oxford dan
britanica : perkataan ALLAH disebutkan sebagai name of God among Muslim’s. Jelas saya sambil mengingati beberapa fakta suntingan dari kertas kerja sahabat saya Ustaz Aizam Masud pegawai Jakim mengenai hujjah balas penggunaan kalimah Allah ini.

Dan fakta sejarah ini juga menunjukkan ianya milik umat islam yang tidak pernah dicabar, tapi persoalannya mengapa sekarang??

Untuk itu, memang boleh dan tiada siapa menafikan …. Jika sesiapa dalam mana agama sekalipun berdoa dan mengharapkan keajaiban bantuan Satu Kuasa Yang Maha Hebat, itulah ALLAH.

Tapi, sebagai rakyat di Malaysia, penggunaan kalimah Allah ini biarlah hanya dilaungkan oleh penganut Islam sahaja bagi mengelakkan ketegangan, ianya antara keputusan cabinet Malaysia pada tarikh 16 Mei 1986 yang mengisytiharkan 4 kalimah istimewa khas untuk islam tanpa boleh dicabar iaitu ALLAH, SOLAT, BAITULLAH dan KAABAH.

Penggunaan mestilah berhemat dan tepat pada maksudnya yang menzahirkan kekuasaan dan keesaan tuhan bukannya mendustai zat ketauhidan yang menjadi pujaan umat Islam ini.

Mahukah satu hari nanti mereka yang beragama hindu dan Buddha juga akan sibuk meminta hak milik Kalimah Allah untuk agama mereka yang mempercayai dewa dewi dari kayangan??

No comments:

Post a Comment