Monday, January 4, 2010

Pertama di Persekolahan Pulau Pinang

Gelap masih menyelubungi awal pagi. Kokok ayam pula bersahutan panjang. Azan belum menjengah jendela telinga.

Suasana pagi ini istimewa, halaman tamu yang biasanya sepi kala itu kini riuh rendah dengan suara anak2 kecil saya menyiapkan diri.

Mandi, menyarung pakaian dan tak lupa solat subuh, mereka bersedia awal untuk ke sekolah. Mungkin teruja dengan hari pertama persekolahan barangkali.

Atau mungkin juga ceria untuk mendaki tangga ilmu di alam persekolahan yang serba baru.

Atau teringin untuk berkenalan dan berjumpa kawan baru.

Atau terlalu gembira berbaju baru ke sekolah hari ini.

Tapi hari ini, ianya bukan lagi hari sibuk pertama untuk 2 anak terawal saya yang memasuki darjah 2 dan 4, ianya hari ribut buat satu keluarga.

Semuanya bersedia bangun awal dan merengek mohon susu seawal pagi dalam kesibukan keluarga merancang perjalanan awal ke sekolah. Mujurlah segala persediaan dan perancangan baju dan alatan tulis sudah tersedia awal dalam beg yang dikhaskan.

Anak2 yang lain juga sudah menjangka akan diusung ke sekolah nursery baru buat mereka, satu pengalaman baru barangkali jika dulunya hanya terperap bersam pembantu dirumah.

Kali ini mereka patuh mengikut arahan dalam keributan keluarga menuju persekolahan. Terima kasih untukmu anak2ku.

Dan kerana itulah sebelum jam 7 kami sudah dijalan raya, walau hakikatnya saya terlewat juga dihari pertama setelah sejam dijalan raya dalam kesesakan yang separuh menggila.

Dalam pemanduan diawal pagi, terbayang sekolah lama yang mampu dijejaki hanya dalam masa 3 minit.

Sabarlah, inilah harga HIJRAH yang saya terpaksa bayar demi memotivasikan diri untuk terus berjaya.

No comments:

Post a Comment