Friday, January 1, 2010

Dakwah Satu Seni

Dakwah dekad 2000

Salah satu kreativiti dakwah ialah melalui alam maya serba misteri.

Saya cuba terjun kedalamnya setelah sekian lama memerhati kewujudannya. Mengamati kesan dan reaksi sumbangan kepada massa yang lebih besar pastinya.

Mungkin terlewat, tapi baik lebih hadir dari ponteng sekolahkan. Bersama industri dakwah maya ini mungkin memberikan sesuatu yang berguna buat saya dan agama ini.

Di dekad baru 2000 ini,berdakwah kepada umat bukan sekadar menggunakan posisi imam dan bilal, bukan juga menjadikan podium pentas sebagai medium ceramah dan seruan.

Bahkan mimbar juga harus melalui zaman perubahannya yang menuntut kreativiti khatib dan pengurusan masjidnya.

Kreativiti Khutbah

Pernah saya menghadiri jumaat di satu masjid di kuala kedah yang khatib tuanya membaca teks versi orang muda dengan peringatan tahun baru kepada para ibubapa untuk sentiasa amanah mendidik dan mendewasakan anak-anak.

Antara ucapannya ialah mengajak ibubapa mendekatkan anak dengan tarbiyah ilahiyyah dengan menyuburkan rasa cintakan agama dan masjid sebagai rumah allah ini, menyeru kesungguhan program dimasjid juga sepatutnya dihalakan kepada generasi muda yang tika ini sudah ketandusan wujud mereka di masjid.

Kehadiran anak kecil pula dianggap pengacau dan membebankan. Ia juga kerap memalukan dan menyusahkan orang tua yang ingin beribadat hinggakan mereka lebih suka membiarkan anak2 berjemaah dengan Doraemon, Ben Ten dan SinChan sahaja. Itu lebih baik dari penat mengepung dan menjeling amaran sentiasa buat mereka di rumah allah ini.

Akhirnya khatib ini menggariskan fakta kesimpulan yang cukup menarik untuk dikongsi dan ditulis dengan harapan yang menggunung tinggi, namun kekuatan teks dan isinya tidak membawa kemana-mana apabila pembacanya hanya seolah – olah menyampaikan dengan sambil lewa tanpa gaya penegasan, hambar tanpa versi memujuk dan mengajak, jemu tanpa kata menarik dan menggembirakan.

Kesimpulan hanya tingga kata-kata kosong yang dilontarkan bibir khatib untuk ditelan buta oleh para telinga makmum yang mendengarnya. Dan pastinya kata yang bersumberkan lidah tidak akan menjengah kamar hati untuk subur dan terkesan.

Intipati Kesimpulan

Dan akhirnya saya tersenyum sendiri bila khatib mengatakan antara 8 langkah yang wajar diambil ibubapa dan pengurusan masjid untuk menggamatkan kehadiran para pemuda tetamu allah ini ialah dengan cara para khatib perlu lebih kreatif dan bijak mengajak para pendengarnya untuk menghayati isi khutbahnya. Suara yang baik dan penghayatan adalah kunci untuk mengajak para remaja ini memanfaatkan ruang berjumaat ini dengan ilmu dan peringatan.

Senyum saya bila sesekali mata memandang keluar melihat kelibat remaja dan kanak-kanak masih tegar berkumpul di bawah beranda masjid berhampiran tempat parking motorsikal untuk sama membuka cerita dan bertegur sapa sesame mereka.

Mungkin ada cara yang belum terjangkau dek akal kita untuk mengguna kreativiti baru dalam khutbah dan mengadaptasikannya satu hari nanti.

Pernah saya terdengar bahawa Masjid Airport Subang menggunakan tayangan skrin besar untuk para jemaahnya melihat khatib dan teksnya bagi menggamit focus yang lebih.

Berkesankah ?? Namun ianya satu idea kreatif yang patut kita puji dan hargainya.

No comments:

Post a Comment