Monday, January 4, 2010

Nostalgia lama Bertamu Rindu

Kenangan Bertasbih Rindu

Tika ini, hati masih basah dengan ingatan lama.

Hari pertama persekolahan disini penuh dengan huru hara dan kelam kabut.

Saya terpaksa berulang alik diatas yang penuh sesak untuk menghantar isteri dan anak2 ke sekolah masing2.

Hari ini saya gagal hadir awal, laluan GELUGOR memang jem teruk, itulah hakikat yang sememang nya diakui oleh otai guru2 lama penang.



Kali ini juga terpaksa menguruskan pendaftaran dan kemasukan anak2 ke sekolah baru. Bertemu dengan guru, membayar yuran, membeli buku, mendaftar ke sekolah agama disebelah petangnya dan kemudiannya kembali semula ke sekolah, adalah satu acara yang cukup memenatkan.

Tiba disekolah saya diberi mandat pula menyampaikan briefing asas tentang subjek dan format matapelajaran Pendidikan Islam SPM untuk orientasi para pelajar tingkatan 4 pula, sesuai dengan kapasiti baru saya Ketua Panitia Pendidikan Islam di SMK ST Xavier.



Kolam Nostalgia

Nostalgia lama mencair menjadi tasik ingatan yang menakung rindu dan kenangan.

Hari pertama persekolahan di SMP. Saya biasanya diamanahkan tugas mengatur pemilihan pelajar ke Kelas Berlian, Kelas aliran agama yang mempelajari subjek ARAB sebagai terasnya.

Mengadakan ujian jawi dan kemudiannya menguji kemahiran membaca alquran sebelum ditapis dan disemak berulangkali antara para guru bahasa arab adalah satu kerja yang memenatkan minda dan tenaga. Biasanya proses pengujian memakan masa hingga ke hujung petang.

Dengan desakan pentadbir untuk memperolehi keputusan pemilihan awal, kerja mengenal pasti dan memutuskannya terpaksa dihabiskan seawal mungkin.

Namun, hari ini ianya berlalu dengan kemanisan pengalaman yang bukannya sedikit.

Siapa yang menggantikan tugasan saya disana ya ??? Mungkin Ketua panitia bahasa arab yang baru kot.

Pengalaman Merindu

Memasuki gerbang sekolah baru meletakkan saya dalam emosi berbelah bahagi.

Terbayang wajah teman lama yang begitu ceria menyapa dan mengajak makan dikantin sekolah, keramahan dan keceriaan begitu mengujakan.

Terkenang damai tasik bidasari yang berlumut airnya, kekadang menjadi tempat santai para pelajar berbual bicara.

Tergetus rasa indah dan luasnya surau siti khadijah yang mampu menampung ratusan pelajar dalam satu masa, dengan program rohani dipagi hari yang mengundang tanggungjawab dan kekuatan.

Tapi disini, suraunya amat kecil sekankang kera yang hanya mampu memuatkan 50 orang saya jangka dalam satu masa. Programnya…. Belum saya selami maklumat dan perhatikan lagi.

Tapi yang lebihnya…..

Saya mendapat satu bilik khas berjudul : BILIK AGAMA yang luasnya seperti bilik pengetua, sempurna peralatannya, menempatkan tempat pembelajaran agama tanpa saya perlu bergegas mendaki bangunan 3 tingkat ini.

Bukankah pelajar mendatangi bukannya didatangi.

Dan istimewanya, kunci bilik itu diamanahkan ke tangan saya.

Moga allah permudahkan saya untuk mengisinya dengan hikmah dan kebaikan.

Moga allah beri ruang hidayah di sekolah mubaligh ini.

No comments:

Post a Comment