Tuesday, January 12, 2010

Manual Cinta Islami

Menu Membuka Selera

Rangup, enak dan lazat sekali.

Senang di hadam dan mempunyai pelbagai khasiat yang berguna.

Keghairahan menikmatinya tidak terhenti pada satu dua bab tapi terasa diri terus tergoda untuk melengkapkan diri menjamunya penuh rakus tapi tetap berfokus.

Isinya yang bernas dan penuh nasihat, menjadikan pembacaan 2 buku ini cukup berguna.

Ianya adalah makanan rohani.

Ia juga santapan minda dan akal.

Ia juga kudapan untuk pengalaman dan pengetahuan yang begitu berharga.

Inilah antara garapan dan cetus minda saya bila teringin menulis tentang 2 buah buku yang saya selesai membacanya pada cuti yang lalu.



Telah saya hadam dan amatinya dari kulit ke kulit tanpa jemu dan berhenti, auranya cukup kuat untuk mengetahui pelbagai dimensi idea dan pemikiran baru dalam resam hidup berumahtangga.

Dan kerana itulah ia menjadi hadiah cukup istimewa sempena hari yang cukup istimewa bagi saya dan keluarga.

Dimensi Cinta Islami

Meneliti sudut pandang pemikiran penulis , ia membawakan saya ke satu alam reality berkaitan cara melihat kehidupan berkeluarga ini dalam dimensi yang lebih luas.

Perkahwinan bukan sahaja penyatuan dua jiwa bahkan ianya merupakan sunnatullah untuk makhluk ini. Keajaibannya akan menambah kesejahteraan dan keseronokan alam ini.

Kerana itulah ianya juga harus dibaca dan diteliti oleh mereka yang bertatih mencari cinta, atau sedang tenggelam dalam mabuknya asmara ataupun bagi mereka yang sedang menyusut cinta dalam gerbang perkahwinan.

Ianya manual cinta islami yang diadun dengan cetusan reality yang boleh diadaptasi dalam kehidupan.

Ianya pedoman untuk mereka yang mencari cinta suci tidak ternoda fitnah.

Ayat - ayat Cinta

Cinta bukan untuk berseronok, cinta hadir dengan tanggungjawab. Bercinta adalah untuk membina bahagia di gerbang perkahwinan.

Oleh itu, usah terlalu awal mencari cinta jika perkahwinan masih belum terletak dalam perancangan segera.

Binalah hidup dengan cinta allah dan ilmu, ianya amat berguna bila hati sudah dilamun cinta manusia. Dan susahnya mencari masa untuk ilmu dan agama jika diri sudah terikat dengan perkahwinan.



Dan bila sudah terbina ikatan mulia ini, jangan biarkan cinta itu menyusut. Semai dan bajailah ia dengan kasih sayang dalam perspektif hidup yang lebih mulia.

Bercintalah bukan hanya sekadar hayat didunia. Bercintalah untuk sama berteman didalam syurga.

Biar Cinta Terus Bertasbih

Lelaki seperti imam dan ia bertanggungjawab menjaga makmumnya, mengajar erti disiplin dan lkesabaran, mengajar erti kepatuhan dan kasih saying, dan utamanya mengajar nilai iman dan pengabdian kepada tuhan.

Dan kemuliaan seorang manusia itu bukan lagi pada kehebatan dirinya sendiri, bukan juga dengan kedudukannya sebagai imam, tapi kehebatannya akan terserlah jika ia mampu mendidik makmumnya dan menyebarluaskan bibit kebaikan dan kehebatan pada setiap jiwa makmum keluarganya.

Terima kasih kepada Ust Hasrizal atas lontaran idea yang begitu enak dinikmati dalam jamuan kehidupan yang serba kompleks masam masim, manis dan pahit kehidupan ini.


Ps : Nota buat BALKIS
, ingat pesanan Ustaz sejak dulu ,kunci dulu hati kalian dari menjalin percintaan, ianya hanya menjadi beban dalam menggalas tanggungjawab ilmu dan menggapai keunggulan personality, jangan mudah memberikannya kepada sesiapa pun untuk mengambil dan mencurinya, tuntutlah ilmu dan iman terlebih dahulu. Dan bila sudah tiba masanya (tahun 3 atau 4 di University) berikanlah ruang untuk jodoh bertamu dihati.

2 comments:

  1. terima kasih atas salam dan azam.

    Selalulah hantar berita dan doa walau dimana berada, menanti teguran dan refleksi sahabat seperjuangan adalah hadiah iman yang cukup bernilai.

    moga allah memberkati

    ReplyDelete