Friday, November 13, 2009

Bicara Tajwid - Hukum Mim Mati



Pelajaran Kedua.

Formula kita ialah:

Datuk Sapawi adun Sipitang, ayahnya si Khalilah.(5 Berlian)

Hukum ini melibatkan mim mati.

1. Kalau ianya bertemu dengan Mim – hukumnya Idgham Syafawi atau Idgham Mislain, Huruf (m) yang ada pada Idgham akan membezakannya dengan hokum kedua ikhfa’. Maka kita pastikan idgham untuk mim bertemu mim.Cara bacaannya dengung.

2. Bertemu (ba) – dipanggil ikhfa’syafawi.- cara bacaannya dengung.

3. Bertemu selain mim dan ba – hukumnya izhar syafawi, bila namanya Izhar cara bacaannya adalah jelas dan tidak dengung.

Moga semua dapat ingat dan mempraktikkannya nanti.

1 comment:

  1. eh ehhh. ustaddd agak2 lerrr nama tuu.. hehehe :)

    ReplyDelete