Monday, November 16, 2009

Renungan Poligami- Membina Dunia Baru Islam (Siri 1)

Renungan Poligami – Membina Dunia Baru Islam

Mengurus persepsi bukanlah sesuatu yang mudah, manusia seringkali tertipu dengan label dan bungkusannya sebelum mengenali kualiti dan realitinya.

Sekali seorang manusia itu telah dicap buruk oleh masyarakat, mengubah persepsinya umpama menongkah arus yang maha deras dan kuat, bukan sedikit yang akan gagal.

Bekas penagih dadah contohnya memerlukan kekuatan dalaman yang maha hebat dan sokongan moral dari keluarga dan persekitaran untuk berubah. Pepatah mengatakan anjing yang sudah biasa dengan memakan najis, pastinya akan kembali menjilat najis walaupun telah diangkat menjadi binatang peliharaan dan disajikan makanan lazat adalah persepsi yang bukan mudah untuk dinafikan kebenarannya.

Poligami – satu istilah yang sering disalah ertikan, ianya umpama madu bagi golongan lelaki tapi hempedu bagi wanita.

Lalu atas nama agama, muslimin biasanya akan mengangkat hegemoni poligami sebagai suruhan dan penyelesaian tuhan bagi membina masyarakat. Manakala golongan muslimat pula terpaksa menerima walaupun hati kelat mengakui hidup bermadu bertemankan cemburu dan ketidakpuasan hati.

Benarkah islam menggalakkan poligami ? Satu persoalan yang perlu dicerna dalil dan keberkesanan aplikasi bukannya sesenang menyatakan ianya halal dan sunnah nabi.

Poligami antara logic dan reality

Islam meletakkan hokum harus bagi poligami, namun ianya disertakan dengan syarat ketat sebelum seseorang itu layak mengamalkannya.

Adil dan berkemampuan adalah perkara utama dan kewajipan yang harus dijadikan kayu ukur dan tanda aras ianya boleh dilaksanakan atau tidak. Oleh itu, tidak seharusnya berlaku poligami jika seorang lelaki melebihkan salah seorang isternya berbanding yang lain, ataupun merahsiakan perkahwinan keduanya…atau mengabaikan dan menjadi punca kerosakan dalam rumahtangganya.

Bagaimana mungkin seseorang ingin mengambil hukum harus tapi mengenepikan hokum wajib atau kewajipan asalnya dalam perlaksanaan poligami ini. Rosaklah syariat isalm dan hikmatnya jika ia dilaksanakan secara terpisah dan bukan menyeluruh. Inilah yang kita namakan secular sebenarnya iaitu pemisahan hokum dengan amalan.

Hikmah poligami

Lalu saya juga ingin menyatakan, Islam meletakkan system social melibatkan poligami ini cukup muli dan istimewa kerana ianya dianggap sebagai penyelamat dan penjamin kepada keadilan social dalam masyarakat.

Ianya tidak boleh dianggap untuk suka-suka atau try and error iaitu cuba jaya. Islam adalah system yang tidak berlandaskan teori dan model ianya adalah hokum reality yang berpijak pada fitrah, keperluan dan kepekaan lokasi dan situasi.

Poligami dijadikan islam sebagai satu system yang mengangkat manusia ke tahap tertinggi tanpa menyalahi fitrah dan keperluan reality mereka.Ia membentuk nilai moral, bantu membantu, prihatin dan kebersihan peribadi.

Ianya antara lain bagi menyelamatkan golongan ibu tunggal dan anak yatimnya, andartu, kemandulan, kecacatan isteri, lebihan kemampuan dan harta bagi lelaki,lebihan populasi wanita, juga bagi yang berjauhan ketika menunaikan kerjaya, namun kesemuanya dilihat islam berfungsi sekiranya berlaku lebihan dan maslahah.

Kewajipan berpoligami

Maknanya islam tidak menjadikan kewajipan asal perkahwinan adalah poligami, monogami dalam islam lebih utama apatah lagi hayat rasul bersama khadijah lebih panjang masanya daripada kehidupan poligami baginda, kalau ianya boleh dijadikan satu cadangan alasan.

Poligami lebih berhak berlaku ketika krisis alam, peperangan, bencana dan penyakit yang mengakibat kematian ramai lelaki. Pada ketika ini, poligami adalah lebih diterima dan bermakna.

Seseorang yang mempunyai roh islam tidak akan mengatakan poligami ini untuk keseronokan diri dan nafsu haiwaniah manusia semata2, bahkan ianya amat melibatkan justifikasi penyelesaian masalah masyarakat, dakwah dan keadilan social.

Kerana itu juga poligami diibaratkan satu keterpaksaan dalam menyelesaikan masalah yang berisiko besar membawa masalah.

Teori dominasi

Membawa poligami dalam membina legalisasi siasah dan kepimpinan sesuatu yang ada kewajarannya.

Berasaskan angka dan logik, majority umat akan menguasai dan mendominasikan sesuatu persepsi. Namun tak semuanya benar, berapa kerat yahudi yang mencorakkan alam sekarang ini, betapa mereka bijak menyusun bidak2 strategi diatas pentas catur dunia hari ini.

Firman allah dalam surah al Baqarah ayat 249:

قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

Berapa banyak yang disaksikan sejarah, golongan yang sedikit boleh menewaskan golongan yang ramai.

Membawa ekonomi Cina dalam teori ini juga tidak wajar kerana mereka sudah mengecapi sejarah ketamadunan yang cukup panjang. Dalam hitam putih sejarah mereka menyaksikan betapa ramai yang tersungkur kebuluran dan kemiskinan , ramai juga terburai nyawa dihujung pedang ekoran persengketaan merebut kuasa dan pengaruh kawasan, dan ramai lagi yang menghadapi kecelakaan berdepan bencana alam.

Lantas, ianya menjadikan orang cina bangsa berwawasan, bangsa dinamik dan berani, bangsa penghijrah dan juga bangsa yang bijak mengadaptasi keadaan. Hari ini, orang cina sudah berada dimana-mana, China Town di Malaysia dan Amerika bukti keutuhan jatidiri mereka, wujudnya sino kadazan lambing penyesuaian pragmatic mereka.

Kerana itu saya melihat, ekonomi China banyak bergantung pada kebijaksanaan, keberanian dan pragmatiknya bangsa bukannya populasi bangsa yang ada.

Bersambung ..... nantikan dengan tajuk akan datang (Praktikal dan kelemahan poligami)

2 comments:

  1. salam..

    terima kasih atas pandangan ust (siri 1). Untuk siri kali ini ana melihat ada betulnya apa yang telah ust perkatakan.

    Pertama untuk tajuk:
    Poligami antara logic & realiti
    Hikmah poligami
    Kewajipan berpoligami

    Mungkin ust boleh rujuk tulisan lama ana (harap ust sudah membacanya, alamatnya: http://islamreturn.blogspot.com/2008/12/poligami-hikmah-yang-perlu-dicari-atau.html)

    Kedua berkaitan teori dominasi:

    Tanpa menafikan firman Allah (2:249) ana hanya melihat ini dari sudut hikmah disebalik umat yang ramai, kerana hikmah adalah sesuatu barang yang tercicir dari umat Islam. Namun bukanlah dominasi itu satu-satunya cara, ianya hanya salah satu pendekatan di dalam mencipta ketamaduan.

    Untuk negara China, ana hanya mengambil contoh dari sudut ekonomi (tidak merujuk masalah sosial dan politik). Ini adalah kerana, ana melihat bagaimana China suatu masa dahulu mampu bertahan walupun mengamalkan dasar ekonomi tertutup. Salah satunya kejayaannya adalah kerana bilangan rakyat (sekali lagi merujuk aspek ekonomi, bukan aspek sosial dan politik).

    Ana sangat bersetuju bahawa China memiliki kebijaksanaan, keberanian dan pragmatik dalam sistem ekonomi mereka. Bahkan bukan sahaja ekonomi, tetapi juga sosial. Mereka mampu membina satu bangsa baru di Sabah (Sino Kadazan). Ana tertarik dengan Cino Kadazan bukan kerana mereka cantik, tetapi ana terfikir bahawa benarlah perkahwinan mampu membina sebuah bangsa baru.

    Namun sekiranya perkahwinan itu bertujuan untuk membina 'baldatun toibatun wa rabbul ghofur', rasa-rasanya bangsa apakah yang akan muncul 100 atau 200 tahun akan datang?

    terima kasih ust..
    tak sabar nak tunggu siri 2 ;)

    ReplyDelete
  2. Salam ... terima kasih atas ulasan anta,memang ingat2 lupa apa yang telah anta tulis dalam hikmah poligami, insya allah akan ana rujuk.

    yang ana ingat lebih tulisan anta ialah pentingnya kewujudan baitul muslim yang amat efisien untuk menjamin tenaga dan generasi faham islam ini akan terjaga dan membina wawasan.

    tulisan ini sekadar memberi pandangan tentang poligami dan bentuk dunia baru islam impian kita semua, namun proses kearahnya harus direntas dengan cara yang paling baik.

    kembali kepada sirah ada panduannya.

    Siri 2 akan diluncurkan nanti... Tapi benarkah poligami juga ada kelemahannya ??
    Bukankah ia hukum tuhan....

    Sama kita fikirkannya !!

    ReplyDelete