Thursday, November 12, 2009

Pos Malaysia - Membina Amanah dan Wibawa



Bersama Pos Malaysia.

Telefon berdering pada jam 12.00 tengahari,

“Ustaz… sila datang ke Tang Dynasty Hotel jam 2.30 petang nanti , ada satu slot ceramah untuk Ustaz, kena datang…. Kami tak ada penceramah ni” bicaranya dipakukan pada kalimah harapan, menolaknya bukanlah satu pilihan walau masa dan dan tajuk begitu diselubungi misteri.

“Jumpa saya di Mantanani Hall, program untuk Pos Malaysia” ringkas ucapan mesejnya, hati terus dipagut tandatanya.

Tepat jam 2.30 saya sampai di lobi hotel, tertera program pos Malaysia ditingkat 2, di sana saya disambut oleh Ust Zainuddin Abu Bakar, garau dan besar suaranya, anak kelahiran kedah dan pernah menuntut di Maktab Mahmud dan KIK kemudiannya ke Mesir.

Anak pelakon veteran, Abu Bakar Omar, aju kawan saya norzam bila kelibat insan ini saya sebut didepannya, pernah sekolej semasa di KIK dulu.Patutlah sama suaranya , dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Kewibawaan Diri

Tajuk saya “membina kewibawaan diri” …. Dan kursus ini adalah bertujuan untuk menerapkan budaya kerja cemerlang kepada para pegawai pos Malaysia ini, disamping membentuk kredibiliti dan semangat profesionalisme berdasarkan acuan Islam….



Tiada agama bagi mereka yang tidak amanah, dan Islam mengisytiharkan perang kepada mereka yang mengkhianati amanah apatah lagi agama.

Sempat saya mengambil contoh kejadian yang berlaku di Taiwan sebagaimana dilaporkan bulletin perdana di TV3 seminggu yang lalu, kecuaian sekuriti memastikan pintu van terkunci rapat mengakibat pihak bank kehilangan 3 karung berisi lebih RM 1 juta. Mereka ditahan reman sebelum seorang lelaki berkerjaya BOMBA datang menyeahkan wang yang dijumpainya dijalanan.

Beliau berhak mengambilnya, namun kerana amanah dan harga diri beliau memulangkannya dan dianugerahkan wang hadiah yang halal sebanyak 30 peratus dari wang yang dijumpainya.

Bodohkah dia menolak sejuta untuk mendapat habuan yang lebih kecil…. Saya tegaskan tidak kerana disanalah ertinya harga diri dan kemulian, disanalah ertinya halal dan keberkatan rezeki, rezeki haram akan cepat habis dan ianya juga mengundang virus dan penyakit.

Tapi sayang…. Sampai kini saya belum ketemu nama dan wajah lelaki ini walau pernah saya carinya di internet, mungkin lumrah alam berita baik tidak popular manakala berita negative mendapat sensasi publisiti.

Resam amanah

Namun apapun, inilah antara resam amanah yang harus dikukuhkan kepada diri dan anak2 kita, jangan izinkan mereka mengambil hak orang lain walaupun atas nama terjumpa wang yang keciciran, ajarlah anak kita dengan dosa dan pahala, takutkanlah mereka dengan yang haram dan azab… Moga mereka membesar menjadi lebih beradab.

Di jam 4.30 petang saya berhenti setelah satu jam 30 minit berceramah…. Seorang akhirnya syahid, manakala 33 orang yang berbaki masih mendengar dengan khusyuk ..alhamdulillah. moga kita mendapat sesuatu.




No comments:

Post a Comment