Monday, November 2, 2009

MENJUNJUNG IZZAH DI HATI - RENUNGAN BERSAMA PELAJAR POLITEKNIK KK


Memetik kata-kata Dr Daniel Zainal abidin dalam buku bestsellernya Minda Muslim Super : Kiranya satu perkataan yang boleh mengambarkan kekuatan iman maka saya akan mengatakannya umpama ledakan NUKLEAR, ia amat wajar kerana iman dan nuclear membawa ledakan besar yang membawa perubahan yang ketara dan mengejutkan.
Tapi yang membezakan keduanya ialah nuclear membawa kemusnahan dan menghancurkan tapi ledakan iman membawa kebaikan dan menghidupkan jiwa dan akal.

Inilah kekuatan yang sedia ada pada umat Islam hari ini dan inilah yang sepatutnya menjadi nadi penggerak ummat seluruhnya. Rasa bangga dan Izzah dengan Islam harus ditanam sejak awal lagi kedalam hati sanubari umat dan inilah yang akan menjadikan kita istimewa dan sanggup mempertahankan agama ini biar apa yang terjadi kerana kita memang dilahirkan cukup istimewa.Inilah gambaran yang dipertontonkan sejarah awal islam apabila ikon islam para sahabat nabi sanggup bergadai nyawa dan jiwa hanya kerana menjaga kemuliaan islam dan kemanisan iman yang ada pada mereka.

Masih ingatkah kita pada kata keramat Khalifah Umar al Khattab : kami adalah satu kaum yang dimuliakan dengan islam dan sekiranya kami mencari kemuliaan bukan dengan agama ini maka kami akan dihina oleh Allah.

Lalu kerana inilah AM Lothrop Stoddard menyebut dalam bukunya : The New World of Islam ,dengan pujiannya berkata : Kebangkitan Islam adalah kebangkitan yang paling menakjubkan yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia, Bermula (seolah ledakan)dikawasan terpencil oleh manusia tidak dikenali, islam berkembang dengan psatnya hingga dalam masa satu abad, ia sudah menguasai setengah dunia, kebangkitan islam melahirkan dunia yang baru …dunia islam (yang aman dan menyelamatkan).

Berceramah didepan 80 pelajar politeknik Kota Kinabalu dipagi hari Sabtu lalu, diserambi masjid tuaran yang begitu nyaman dan tenang, saya mengulas persoalan aqidah islam dengan membawa akal budi para audiens untuk kembali merasai Izzah islam ini semula, moga ianya akan menyemarakkan rasa cinta pada agama dan menzahirkan semangat sanggup berkorban dan terkorban.

Lihatlah bagaimana bersemangat dan khusyuknya para pelajar politeknik ini mengikuti kuliah dasar mereka dalam Program Kem Remaja Islam Kamsis 2009. Moga gambar dibawah ini dapat menceritakan sesuatu……





No comments:

Post a Comment