Monday, November 16, 2009

Pelajaran Tajwid

Pelajaran Ketiga


Wajibul ghunnah واجب الغنة


Nun dan mim pakai topi baldu

Maknanya nun atau mim bersabdu, sekiranya kedua2nya ada tanda sabdu maka hukumnya wajibul ghunnanah.


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِم

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آَمِنُوا كَمَا آَمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ


Hukumnya ialah wajibul ghunnah – maknanya dan cara bacaannya wajib dengung.


Pelajaran Keempat


Hukum Alif Lam

Untuk mengenal hokum ini, kita perlu memastikan perkataan yang dimulakan dengan alif dan lam.


الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ


1. Alif Lam Syamsiah – cara mengenalnya ialah ada tanda sabdu di atasnya, bacaannya ialah huruf lam tidak dibunyikan. Bacaan dibaca terus kepada huruf selepasnya. Contohnya kita bacakan As syamsiah.


2. Alif Lam Qamariah – tiada tanda sabdu , bacaan lam dibaca secara jelas.Contohnya al Qamariah.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ


Pelajaran kelima .


Mat pendek bersilat dengan Mat panjang sampai patah paha.

مد صله


Mad silah - Berpandukan kepada huruf (ho) yang terakhir itu, dan siapa yang dijumpainya selepas itu.

Ia Terbahagi keapda 2 bahagian.

بَلَى إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا


Mad Silah qasirah – jumpa selain /hamzah atau alif huruf mad, bacaan 2 harakat sahaja.(Qasirah maksudnya pendek)


يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

Mad Silah towilah - maknanya jika (ho) itu berjumpa dengan alif/hamzah ,bacaannya panjang 2/4/6 harakat.(Towilah maknanya – panjang)

No comments:

Post a Comment