Tuesday, November 3, 2009

Kenali Surau Muhajirin, Flat Persekutuan Likas (Siri 1)



Tidak ramai yang menyedari kewujudan rumah allah ini, samada 500 ribu penduduk yang mendiami perumahan2 di Kota Kinabalu ini, ataupun lokasi berdekatan kompleks sukan likas dan stadiumnya, mahupun penghuninya warga flet persekutuan likas itu sendiri.

Terletak bersebelahan stadium hoki kota kinabalu yang lengkap dengan prasarana sukannya dan memang menyajikan pertandingan hoki peringkat negeri sabah mahupun kebangsaan kerana inilah satu2nya stadium hoki yang beralas lantai turf di sabah ini. Namun dengan sekatan pagar yang tinggi dan semak samun yang menebal dan terlindung menyebabkan kehadiran dan pemandangan kearah surau ini langsung tidak kelihatan. Malahan ramai yang ditanya, tercari2 dari arah manakah gerangannya azan maghrib yang mereka dengar itu samada semasa latihan ataupun semasa pertandingan2 yang diadakan… Adalah, kekadang itu jamaah hoki yang menyertai pertandingan samada diperingkat pelajar, guru dan pegawai jabatan mahupun acara terbuka yang datang menunaikan tanggungjawab mereka kepada allah di surau ini..namun, itupun hanya sekali sekala yang berlaku….



Dikelilingi dengan perumahan komuniti penduduk islam yang menaburi kawasan jalan tuaran bypass dari kk menuju ke inanam ini menempatkan perumahan yang tidak kurang padatnya penghuni islam seperti taman yakim jaya dan maju kota, taman antarabangsa,apartment indah court, taman likas jaya, taman keramat, taman milinea bersebelahan Wisma Wanita, taman damai dan kenawai disebelah lorong besar ke SMC dan banyak lagi taman2 penduduk islam yang lokasi rumah allah yang terdekat selain Surau Flet ini ialah Masjid Bandaraya dan Masjid Negeri sahaja. Namun, mereka juga akan tertanya2 dimanakah lokasi sebenarnya surau kecil serba misteri ini….

Dan alhamdulillah, dengan kepadatan penduduk warga flet sahaja sebenarnya sudah cukup untuk memastikan tiada seinci pun ruang surau ini kosong sebenarnya. Menempatkan hamper 300 kediaman para pegawai kerajaan dari pelbagai jaringan jabatan samada diperingkat persekutuan mahupun negeri menjadikannya begitu mesra penduduk dan berpotensi besar untuk diimarahkan… namun, hanya allah yang tahu, sekiranya saya boleh meletakkan peratus kehadiran, saya berani menyatakan hamper 85% penduduk islam di flet ini belum pernah mengunjungi dan tunduk sujud di surau kecil ini.



Surau kecil ini saya kenali serentak dengan permukiman saya dibumi sabah ditahun 2001dulu lagi dan ketika itu saya baru mendiami teratak pertama saya di jalan damai bersebelahan damai specialist centre dahulu.

Masih mencari tempo dan rentak kehidupan dibumi sabah yang serba asing bagi saya ketika itu, lalu saya bertekad untuk mendampingi mana2 rumah allah dan komunitinya,sebagaimana yang diamanahkan para murabbi tika permusafiran ilmu di Jordan dulu, maka ketika itulah saya menjumpai dan berkenalan dengan rumah allah yang satu ini.

Kecil,simple dan biasa .. itulah perasaan pertama ketika bertamu di serambi rumah allah ini, berkenalan dengan penghuninya pula juga menceriakan… tapi sayang, ianya kosong. Dan kosong pula pengisian dan aktivitinya..

No comments:

Post a Comment