Sunday, November 8, 2009

Daie Junior - Mencetak kepimpinan masa depan.

Mungkin sebagai tatapan memori bagi Ajk Balkis yang lama, juga buat rekod dokumentasi bagi yang baru, dan mungkin sebagai arkib contoh pada yang akan mendatang.

Antara program yang berjaya disempurnakan ialah program Daie Junior yang menghimpunkan ketumbukan penuh ahli Balkis 2009 untuk dilatih dan ditarbiah berdasarkan keutuhan pekerti dan kekuatan peribadi serta ketrampilan diri.

Program banyak berkisar pada persoalan dakwah dan kepimpinan, namun istimewanya kali ini bukan lagi penceramah jemputan yang datang berkongsi fikrah dan rasa tapi para peserta pula yang mengulas pelbagai topic ilmu yang dirangkumkan dalam satu latihan forum remaja muslimah.

Kesemua kumpulan membuat perbincangan setelah diberi tajuk 20 minit lebih awal, kemudiaanya pentas tersedia buat mereka menampilkan aksi dan respon kepada amanah tajuk yang diberikan, disinilah pelbagai ragam pelajar yang terlihat, bakat berhujjah, berpidato dan bercerita terserlah secara spontan dan menyeronokkan. Para peserta juga sentiasa sporting mengutarakan isu dan bersoal jawab dengan audiens dihadapan mereka dengan hujjah dan dalil agama yang mantap.

Forum daie Junior juga bukannya satu lakonan kosong tanpa makna, untuk penambahbaikan , barisan hakim dan juri professional juga tersedia membuat ulasan dan memberikan suntingan tambahan serta tips santai untuk menjayakan sesebuah segmen forum. Mungkin ada yang terover acting dan terlari pitching atau terlupa lirik akan terus diulas secara positif oleh saf kehakiman yang berpengalaman dalam bidang masing2.

Mungkin satu hari nanti, pentas forum akan menjadi pentas realiti mereka berdakwah hendaknya…. Balkis, insya allah boleh.

Gengamlah memori ini, ianya pasti menggamit sesuatu yang bermanfaat untuk kalian, biarlah gambar bisu ini yang berbicara .









No comments:

Post a Comment