Wednesday, November 11, 2009

Sejarah mengajar kita...menjadi lebih dewasa.

“Pelajaran Sejarah memang membosankan ..!” ngomel adik saya Abdullah Rahimi, seorang pelajar Pondok Kandis, Bachok yang sudah pun mengkhatamkan hafazan Qurannya sebelum ini.Dia seringkali akan diundang menjadi imam terawih diseluruh negara setiap kali ramadhan berlabuh.

“Mana ada…sejarah amat menarik, ia mengajar kita kisah manusia, dan dialah yang membekasi kita dengan pengalaman kehidupan…” bantah saya spontan. Sengaja memancing responnya.

“Menghafal Fakta, tarikh, peristiwa, orang2nya memang menyesakkan fikiran saja,lebih baik hafal quran” sambutnya sambil menyatakan kejemuannya menghadap matapelajaran sirah dan sejarah yang amat membebankan itu.

Bukan dia sahaja yang memusuhinya, bahkan ramai antara kita termasuk pelajar saya anti sejarah…. Mereka lebih tekun menyelesaikan soalan fizik atau minat mencongak jawapan matematik daripada berfikir dan menghayati cerita – cerita manusiawi ini.

Bukankah sejarah bersumberkan cerita manusia …dan cakap2 manusia, He Story for all of us, maka ceritanya menjadi sejarah atau History dalam bahasa sopannya.

Berbeza sedikit, saya memang meminati sejarah…bahkan ungkapan sejarah mengajar kita dan mematangkan kita menjadikan saya sentiasa sedar dan awas kepada setiap peristiwa. Kerana itu juga mungkin saya suka mengambil moto (mengintai ibrah dari hitam putih kehidupan) kerana hanya mereka yang bijak sahaja akan mengambil ibrah dari apa yang berlaku.

Sejarah….. ungkapan keramat yang sepatutnya disadurkan ke seluruh hati masyarakat, bukankah ianya suntikan patriotic paling ampuh untuk menyanjungi Negara, ianya juga formula penting untuk mengurus tindakan kerana sejarah mengajar kita agar tidak melakukan tindakan bodoh dipatuk ular dilubang yang sama dua kali.

Tapi kenapa hari ini, ramai yang memilih untuk membelakangi sejarah ataupun membutakan mata dan menulikan telingan darinya. Akhirnya lahir masyarakat yang akhirnya tidak lagi menghormati Negara, kesannya kita liht lagu kebangsaan disumbangkan, bendera Negara dinodai fesyen dan imej Negara sering terpalit dengan pelbagai perbuatan biadap dari kalangan rakyatnya, tidak kira para pemimpin atau rakuat marhaennya.

Sejarah … ia tidak pernah salah, ia memberi ilmu kepada yang menginsafinya.

Namun pada hemat saya, cara pengajarannya perlu di suntik hormon ceria dan menghiburkan, jangan jadikannya barang antic yang perlu ditinggalkan tapi asas dan formula penting untuk maju kehadapan. Bukan teks jemu untuk dibaca dan ditelaah tapi analisis sejarah yang hidup dan memimpin perubahan.

Lantas akhirnya saya menyebut… sejarah perlu diangkat menjadi karya yang menghidupkan jiwa bukan mematikan rasa, menceriakan minda bukan menjemukan pemikiran, melatih diri mencari formula dan pengajarannya bukan memerhatikan tarikh dan mencatat nombor ekor bertuah.

Dan selera minda saya seakan terjawab… bila buku sejarah dan sirah umat Muhammad ini disasterakan di olah dalam bentuk santai dan menghiburkan lewat tulisan2 Abd Talip Latip dalam koleksi hero2 Islamnya…

Akhirnya saya tersenyum… bila melihat disudut penjuru katil adik saya terperosok buku Khalid Al Walid buah tangan dari pengarang berbisa ini.

Moga ia dapat mengubah persepsimu, adikku.

No comments:

Post a Comment