Monday, November 9, 2009

SEMINAR RASM UTHMANI NEGERI SABAH

Alhamdulillah, pada hari ini saya terpanggil untuk menyertai dan menggali ilmu tentang satu ciri mulia dan utama pada Al-Quran iaitu Rasm Mashaf Usmani.

Dalam pengajian saya menggali ilmu al quran sebelum ini sempat saya terdedah kepada asas tatabahasa arab, perbendaharaan kata arab, pengajian tafsir ,ulum al Quran dan yang terbaru ialah ilmu Qiraat yang saya dekati apabila di amanahkan mengajar para pelajar di Open University Malaysia (OUM) di bangunan Institut Perguruan Gaya.

Antara asas penerimaan Qiraat yang muktabar ada 3 perkara :

1. Sanad yang mutawatir.
2. Bertepatan dengan kaedah bahasa Arab.
3. Bertepatan dengan kaedah penulisan Rasm Usmani.

Untuk itu, saya rasa bertuah apabila terpilih ke kursus ini, antara butirannya sebagaimana yang terpamer dan diiklankan dalam blog abu nuha corner adalah seperti berikut :


NOTIS : SEMINAR RASM UTHMANI NEGERI SABAH

Tarikh : 10 November 2009 (Selasa).
Masa : 7.30 pagi – 4.30 petang.
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu.
Anjuran : Kementerian Dalam Negeri (KDN) & Kerajaan Negeri Sabah

Penceramah :
1) Ust Mohd Rani Osman (KDN)

Ahli-Ahli Lajnah Tashih al-Quran KDN :
2) Dato’ Ust Hj Sallehuddin Omar al-Hafiz
3) Shaikhul Maqari Ust Hj Othman Hamzah
4) Ust Hj Abd Rahim Md Zain al-Hafiz

Tajuk-Tajuk :
1) Akta Percetakan Teks al-Quran 1986
2) Sejarah al-Quran & Kelebihan Rasm Uthmani
3) Istilah Dhabt (Penandaan) Dalam al-Quran
4) Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

Moga permukiman dan pendedahan ilmu ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment