Thursday, November 12, 2009

Tajwid - kefahaman ala kartun

Hukum tajwid

“Ustaz, Bantu kami….SPM dah dekat tapi kami masih kurang mengingati hokum tajwid, selalunya kami tinggalkan aje, markah kosong la….ada tak cara mudah mengingatinya” adu para pelajar 5 Zamrud suatu hari pada saya.

“Mempelajari tajwid adalah wajib kerana dengannya kita akan membaca Quran, baca quran tanpa tajwid adalah salah dan berdosa.” Sambut saya tanpa menjawab aduan mereka, Mana ada jalan mudah dalam belajar, mesti ada kesungguhan dan kesabaran, bukannya macam masak mee maggi aje, hati saya memprotes cara santai anak sekarang dalam belajar agama.

“Tapi susahlah nak ingat hokum tajwid ni, banyak sangat yang nak dihafal , ada hokum 5 dan hokum mim, mad2 lagi …macamana nak ingat semua tu…ish2 tension la kami macam ni ustaz” ulas mereka dengan nada yang sedikit merayu.

Lalu saya conteng2 dipapan putih beberapa kalimah dan saya terangkan kaitannya antara hafalan dan fakta tajwid yang mudah diingati, kemudian saya uji mereka dengan soalan Tajwid SPM versi-versi yang terdahulu.

“Ustaz tolong masukkan formula tajwid ni kedalam blog ya… senang kami rujuk nanti, ia banyak membantu kami” sambung mereka berbasa basi dengan saya.

“Insya allah, kalau ustaz sempat ” ringkas sahaja jawapannya.

Pelajaran Pertama

Hukum 5 ini melibatkan hokum Nun Mati dan tanwin.

ingat formula ini.




I BERLARI U MINUM COCA COLA AAAGHAKHHH , AIMAN TAK KISAH.

Hukumnya perlu dihafal mengikut turutan ini.

1. Iqlab - dengung
2. Idgham Bila Ghunnah - tidak dengung
3. Idgham Maal ghunnah - dengung
4. Izhar Halqi – tidak dengung
5. Ikhfa’Hakiki – dengung

Jadi apa gunanya formula minum berlari ini.



Jawapannya :

1. Bila nun atau tanwin bertemu huruf (ba) – hukumnya Iqlab
2. Jika jumpa huruf (lam dan ra) – hukumnya Idgham bila ghunnah
3. Bertemu huruf ya, wau ,mim dan nun – Idgahm maal ghunnah
4. Huruf (hamzah,ain,ghain, kha, ha,ho) merupakan huruf yang keluar dari halkum – izhar halqi.
5. Yang selainnya- tak kisah- hukumnya ikhfa’hakiki.

Kita jumpa lagi dalam pengajian tajwid ala kartun ini seterusnya, yang penting hafal dan faham, lepas tu baca quran sebaik yang mungkin. moga allah beri pahala.

No comments:

Post a Comment