Sunday, November 1, 2009

Ikatlah ilmu Mu dengan tulisan



Semasa muqaddimah tazkirah pagi ini diluncurkan penuh semangat oleh saudara penceramah, lensa kamera ini sempat saya halakan ke beberapa tempat untuk merakam situasi yang berlaku di sekeliling..

Lagipun inilah rasanya rutin sebagai blogger baru, daripada tinta menulis berita, rasanya lebih yakin dan berkesan bila gambar yang bercerita..

Saya terus mengambil gambar2 yang sesuai dengan seberapa segera takut2 terlepas telinga ini dari hamburan ilmu Ust Zahazan di awal pagi ini,mengambil gambar adalah satu perkara baru yang saya buat demi dakwah dan ilmu ini saya kira jangan lah sampai mencacatkan komitmen dan konsentrasi saya pada ilmu… oleh itu saya snap seawal dan sebanyak yang mungkin peristiwa subuh hari itu…mungkin ada yang berguna dan sesuai untuk dipamerkan di alam maya nanti.

Namun tika berlangsung pertengahan kuliah, mata saya terpandang mesra dari kejauhan ragam seorang manusia ini yang sebelumnya sama2 berjemaah subuh dengan saya kerana kami sampai ketika slam terakhir oleh imam pagi itu… setelah solat, masing2 membawa diri mencari tempat sesuai untuk berlabuh… saya memilih ruang tengah yang lebih jelas dan mudah menangkap wajah dan reaksi sang penceramah, manakala dia lebih suka mengambil sudut tepi tanpa halangan berdepan dengan penceramah…

Namun, bukan seperti tetamu ilmu yang lain … dia bukan sekadar membawa hati dan telinga, bahkan dia turut membawa buku catatannya, pennya dan memegang erat handphonenya untuk merakam setiap aksi Ustaz zahazan hari itu… Mulia sungguh lelaki ini,moga allah terus memperhebat rasa cintanya pada ilmu dan islam..

Begitu juga kita wahai para sahabat…. Sepatutnya kita bersama sunnah para ulamak yang sentiasa menyebut prinsip ilmu ialah manusia mudah lupa lalu untuk melawan kelemahan ini mereka berkata : qayyidul ilma bil kitabah – maksudnya ikatlah ilmu itu dengan tulisan. Dan hari ini kita pun sama2 mengakuinya, ilmu yang diperolehi dengan pendengaran hanya akan bertahan selama 5 jam berbanding ilmu melalui pandang dengar yang mungkin menjangkau 10 jam, tapi ilmu yang diikat dengan penulisan ini mampu bertahan selamanya kerana kita mampu merujuk dan memperbaharui ingatan kita semula…

Untuk nota, lelaki itu rupanya seorang siswa UMS, dalam jurusan perubatan dan kini berkhidmat secara praktikal di hospital bkt padang, berasal dari Perak dan merupakan seorang peminat setia kuliah tafsir ust zahazan yang dirakam dan didengar setiap hari di radio IKIM untuk menjadi koleksi dan khazanah pusaka ilmu dan amalnya.

Allah takdirkan saya bertemu dan mengenalinya disebuah restoran ketika saya menunggu bahan photostat latih tubi pelajar saya, disitulah baru saya berkenalan dan menegurnya sebagai seorang yang amat memuliakan ilmu dan tekun menghargainya.. Saya baru mengenalinya sebagai Dr. Mohamad dari Hospital Bukit Padang.

Terima kasih atas ibrah yang kau tunjukkan pada kami DR !

No comments:

Post a Comment