Monday, November 9, 2009

Diskusi Buku di Politeknik KK



Bersama Ust Israaq Ramli, pensyarah Bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah, kami datang untuk menyempurnakan Diskusi Buku yang telah direncanakan dengan baik sebelum ini oleh persatuan pelajar islam di Politeknik ini.

Ia berlangsung dengan baik dan lancar dengan kehadiran pelajarnya melebihi 400 orang baik dari kalangan muslimin mahupun muslimat yang tekun mendengar kupasan para panel yang dijemput.

Tajuk kali ini amat menarik perhatian saya kerana ianya bersangkutan dengan dasar utama islam iaitu aqidah tauhid bersumberkan kepada kalimah Syahadah, serta merungkai faktor keunggulan umat islam dan peranannya dalam melahirkan generasi Islam rabbani dalam masyarakat hari ini.

Inilah isu utama yang perlu ditangani dan diperbesarkan kita bukannya bercerita dengan isu Sejadah BerSolat yang hanya merupakan satu perkara picisan dan tidak membawa kesan besar kepada umat dan kepada Islam,semakin ramaikah yang solat selepas isu ini timbul?, bahkan islam merasa tersindir tika isu ini diperbesarkan seolah2 umat ini mudah percaya kepada benda remeh yang boleh dilakukan manusia, bukannya memikirkan tentang mukjizat al quran dan agama yang lansung tak tercabar oleh minda dan pencapaian manusia.

Berikut antara situasi yang sempat dirakam sebagai sejarah dakwah :







No comments:

Post a Comment