Wednesday, November 11, 2009

Pustaka Aslam - Gedung Ilmu dan Hidayah



Usai solat Isyak berjemaah dalam kursus induksi Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Sabah di ibu pejabat AIM Sabah yang terletak di Plaza Kingfisher, saya segera meminta izin mengundurkan diri.

Destinai saya satu sahaja malam itu, mengunjungi sebuah gedung ilmu yang baru diberitakan mula beroperasi.

Teruja dan Menyeronokkan ... itulah perkataan yang tergambar di ufuk minda saya bila berada di dalam lokasi yang menempatkan variasi warna warni judul buku dari pelbagai jalur penerbitan tersergam indah memukau pandangan mata dan rasa.



Bergegas saya membelek dan meninjau topik buku dan susunan kutub khanah yang amat berharga ini, terasa aura semangat mengalir di urat sendi ini apabila melihat buah tangan pemikir islam dan intelektualnya tersusun kemas di rak-rak buku.

Bermotokan "memartabatkan ilmu, memburu kejayaan", ianya merupakan satu tuntutan fardhu kifayah yang amat mahal harga jasanya, lahir dari keinginan dan keinsafan pemiliknya Abu Aslam yang saya temui malam itu.

"Lahir dari keinginan menyebarkan ilmu dan mencari maklumat islam ini,dan bila sendiri pun merasa sukar mencari bahan islam untuk tujuan menyempurnakan tugasan semasa mengambil Diploma Pengajian Islam dulu, lantas terus timbul ilham menubuhkan pustaka ini disamping menyebarkan faham agama kepada masyarakat... " luah pemiliknya bila saya terjah dengan soalan sebab utama pengoperasiannya.

geram juga bila majalah solusi asyik habis dipasaran, tak sempat sampai ke tangan kita, apatah lagi masyarakat sabahan sebenarnya lebih memerlukan maklumat ilmu2 islam ini... sebab itu saya terus buat hubungan dengan penerbit sendiri, telaga biru.. sekarang, Solusi ini akan terus meluncur ketengah masyarakat bagi menyelesaikan masalah umat mengikut neraca islam " tuntasnya lagi.

Bukan setakat teruja, tanpa sedar saya terus memilih pelbagai menu buku untuk menjadi santapan minda saya nanti, dan tanpa sedar juga hampir RM200 saya belanjakan untuk bacaan ilmu ini...

tapi tak mengapa kerana kita pastinya akan ditanya..dari mana wang kamu perolehi dan kemana kamu belanjakannya ... dan memang berbaloi memilih buku untuk menjadi teman dan belanja masa depan.



tak lupa juga saya membeli beberapa buah buku kecil dan santai untuk dua orang anak kecil saya Anas dan Anis moga berbunga dihati mereka rasa suka membaca.

"Ustaz, antara orang pertama yang datang ke kedai kami yang baru dibuka pagi tadi, dan untuk ustaz ada diskaun khasnya... terima kasih sila datang lagi" ucap Cashiernya sambil mengunjukkan wang baki pada saya.

boleh bah kalau kau..... demi ilmu sanggup saya santuni khazanah ilmu ini dengan penuh sabar dan sopannya.

No comments:

Post a Comment