Tuesday, November 10, 2009

Rehlah Balkis - Tarbiah dan Ukhuwwah

Rehat minda dan tarbiah santai, itulah maksud program ini… bertempat dipantai teluk awam likas, disusun program yang ringkas tapi bererti buat semua ajk, ia bukan sahaja simple bahkan dipenuhi makna dan makan.

Dengan rehlah yang diaturkan ini, diselit pelbagai permainan tarbiah untuk mempertautkan ukhuwwah dalam organisasi juga memperutuhkan mutu kepimpinan mereka.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi berlangsung dengan suasana penuh meriah dan ukhuwwah…. Antara acara yang diselitkan disini ialah … tugasan membina Negara dakwah (istana pasir), permainan ukhuwwah, selawat dan nasyid islami dan disudahi dengan tazkirah ringkas oleh penasihat Balkis dalam suasana yang santai dan bebas dari tekanan akademik mahupun kebingitan kota.

Untuk itulah, allah menganjurkan dalam pelbagai rencam ayat Quran yang sengaja di susun berselerakan dalam al Quran peri pentingnya berkelana dan berhijrah mencari ketenangan dan kebenaran. Betapa ianya amat berbaloi dalam membina minda ilmu dan pengalaman, juga membentuk utuh peribadi dengan kesabaran dan tahan lasak, juga menuntaskan hakikat diri yang kerdil berbanding cakerawala ciptaan tuhan tanpa batasan kesempurnaan dan keindahannya.

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آَذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ (46)

Moga rehlah kita mendapat keberkatan dari yang maha kuasa ….. dan jangan sekali-kali kita lupa, kita adalah musafir dijalan rehlah kehidupan yang masih panjang, menuju kea lam yang lebih abadi.

Bersama titipan gambar ini bagi mengutip memori yang hilang.







No comments:

Post a Comment