Wednesday, November 11, 2009

Santuni Budaya Ulamak - Bacalah..

Membaca itu mengasyikkan…. Ia mampu membawa kita merentas benua dan masa, ia menjadi teman yang sentiasa menceriakan kita.

Memberi pengajaran dan ketenangan tanpa mengharapkan ganjaran… membelai perasaan dan menyuntik aura motivasi tika keletihan dan kelesuan berjuang.

Menuntun jalan hidayah jika tersalah jalan, memandu ke solusi indah berteraskan agam bila memerlukan..

Membaca mampu membina persepsi, mampu mengukuhkan hujjah, mampu mengindahkan peribadi dan mampu melakarkan izzah dimata massa.

Membaca itu ilmu, ilmu itu hidayah, dan hidayah hanya akan diberi Allah kepada mereka yang disayanginya.

Tak salah untuk bercinta, tapi cinta yang paling tinggi hanya untuk allah, namun untuk mencintai allah perlukan ilmu, buku dan pelajaran lah adalah sumber kepada ilmu.

Bukankah allah pernah berfirman dalam surah Muhammad ayat 19 ;

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ

(Tuntutlah ilmu dan ) ketahuilah bahawa allah itu esa, tiada tuhan melainkan Allah.

Dan bukankah ayat yang pertama diturunkan Allah ialah : BACA lah……



Antara buku yang menjadi milik saya malam itu…… terima kasih Pustaka Aslam.

Sila kunjungi Pustaka Aslam… Berhadapan GIANT KingFisher.
Ground Floor, Shop No.4-0, Blog G, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher,88450Kota Kinabalu.

Hubungi : 013-8863807 (Abu Aslam) / 013-8303807 (Asri)

No comments:

Post a Comment