Tuesday, November 3, 2009

Surau Flat Persekutuan dan Bicara Yasin

Seusai solat Isyak berjemaah pada khamis malam jumaat yang lalu, malam pertemuan mingguan kami warga surau flet ini sebenarnya, Sebelum itu.. kami alunkan beramai-ramai surah Yasin sebagai amalan dan penjana iman dan barakah kehidupan kami, suaranya kami sengaja gagahkan untuk dihala sekuat2nya melepasi serambi surau supaya dapat didengari oleh penghuni yang lain dan sekurang-kurangnya mengetuk pintu hati mereka untuk turut serta bersama jamaah kecil kami di malam itu.

Sesudah doa yang kami panjatkan bersama, saya mengambil kesempatan membuka sedikit diskusi sebagaimana kebiasaannya, dan lazimnya ia adalah tazkirah pendek sekitar 15 minit untuk renungan bersama bukan sekadar membaca yasin tanpa mengetahui makna dan mengambil pengajarannya.

Tazkirah berkisar tentang hidayah….mmm, mungkin aura blog yang baru diterbitkan ini menyebabkan saya senang dan selesa mengambilnya sebagai muqaddimah dan isi tazkirah dimalam itu. Dengan kepadatan penduduk yang ramai di sana, mendapat hidayah untuk datang dan menunaikan tanggungjawab agama dan menjunjung kesucian islam bukanlah semudah mengeja perkataan hidayah… Ianya datang dari allah dan akan kembali kepada allah.Hidayah ialah cahaya petunjuk dari allah untuk orang yang dikehendakinya, bermakna kita perlu layak untuk hidayah barulah akan diberikan hidayah. Namun persoalannya..layakkah kita ??

Hidayah … ia memerlukan pengorbanan dan kesetiaan, ia perlukan azam dan kesungguhan, ia juga memerlukan latihan mujahadah dan juga ilmu pengetahuan… ia tidak akan datang menggolek kepada kita, ia sesuatu yang dicari bukannya mencari.. ia hidayah, ianya dari allah untuk orang yang allah kehendaki.

Saban hari hidayahlah yang kita mohon, jika kita menganilisis dari logic agama, betapa pentingnya hidayah dikira dengan kekerapan arahan tuhan yang allah lampirkan lewat kewajipan solat dan fatihah yang kita baca….Bukankah seharian kita akan menyebut dan meminta hidayat 17 kali dan ditambah dengan permohonan yang cukup panjang dan membekas di sabubari …apatah lagi dititipkan pada tuhan disubuh suci dari habuk dosa dan kelodak kebisingan.

Ianya permohonan dari hati nan merintih,di qunut subuh kita bermohon; Ya allah, berilah hidayah kepadaku, sabagaimana engkau berikan hidayah petunjuk ini kepada orang yang engkau sayangi…dengan hati penuh pengharapan berbicara : ya allah, pilihlah kami untuk menjadi mereka yang engkau sayangi dan berikanlah hidayahmu pada kami.. pandulah kami untuk berjaya, pimpinlah kami untuk sukakan kebaikan dan mendambakan kasihmu, bimbinglah kami untuk hidup mulia beriman dan rasa jijik menderhaka padamu… ya allah, ampunlah kami.

Seusai solat isyak kami makan sama2, aktiviti rutin dengan para jamaah membawa sedikit juadah dari rumah, ada yang membawa mee,ada yang membawa keropok, ada yang membawa buah dan ada yang setia dengan air teh tarik klasiknya.
Namun bilangan yang hadir mingguan tetap sama….

Lalu ada yang nakal antara kami berkata : Sepatutnya kita sama buat gimik dengan menyusun sejadah laksana orang sedang solat beramai2 , pastu panggil pemberita.. confirm, ramai yang datang nanti…

Atau kita panggil JHEINS, tangkap ustaz Hafiz yang berceramah tanpa tauliah ni, kita high-lightkan lah surau Flat ini, nescaya satu sabah akan tau… Glamer gila surau kita nanti.

Saya tersenyum dengan ide gila tapi logic itu…. Betul juga. Tapi perlukah kita buat begitu… mungkin ??

Entahlah, Hidayah Milik tuhan, Allah akan berikan kepada siapa yang disayanginya.

No comments:

Post a Comment